Sunday, January 2, 2011

Hidangan pencuci Mulut - Trifle

Ari sabtu masa new year tu, aku pi la jusco bukit tinggi..Hajat nak tgk narnia..memang best gler bai cter tu..Mamat dalam tu pun ensem..rambut die wah..menawan hati pompuan ku..haha, poyo ayat..


So pas je tgk wayang tu aku n member g jalan2 cari makan kat jusco tu, beli macam2, cadar baru, blanket baru, kek....n tetibe teringat nak buat pencuci mulut paling sedap iaitu trifle..aku dapat resepi ni pon dari sorang staff tempat keje aku..zainul hisyam..die ni mmg lelaki, tapi bab masak memang la teror yang amat..aku memang kagum la kat kebolehan die ni..


So now saje nak share ngan u all resepi trifle ni..sedap die sampai menjilat sudu n cawan/mangkuk..haha


BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll perisa vanilla
1 tin buahan campuran/fruit coctail
1 tin buah peach
1 tin buah strawbery
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )


RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat
1/2 tin air buah-buah dalam tin
3 sudu besar tepung kastard


CARA MEMASAK CASTARD

1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan castard yang telah dibancuh dengan secawan air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15minit dan tutup api

* Apabila dah suam sedikit baru dituang ke atas lapisan agar-agar jeli.

* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek.Basahkan kek swill roll dengan air buah dalam tin.

2.Ambil separuh buah dalam tin dan tuangkan ke atas kek swill roll sehingga rata.

3. Bancuh jelly crsytal di atas api mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan ke atas lapisan swill roll yang telah ditutupi dengan buahan dalam tin tadi.

4. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan agar-agar jeli tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

5. Habiskan kesemua buah dalam tin dan susunlah diatas sos castard tadi dan boleh dihiaskan dengan potongan buah strawbery dan peach didalam tin


Lapisan Triffle

- Paling bawah adalah kek swill roll yang telah dilapisi dengan buahan dalam tin.
- Lapisan ke dua di lapis dengan agar-agar jeli mengikut perasa kegemeran masing-masing.
- Lapisan atas sekali, adalah lapisan sos kastard dengan taburan buah peach dan jugak strawberry..

Dan hasilnya adalah seperti berikut-:



Terliur tak?terliur kan..so ape lagi..g salin resepi ni, beli bahan nak buat, n try la ye..sesuai di hidang if umah u all ade event cam jamuan ke..
nyum nyum..nak g peti sejuk, makan trifle i buat tadi..
bye u all..
selamat mencuba..^__^

3 comments:

Anonymous said...

An information anԁ instruсtional ѕіtе for the hοme pizzа cook.
I саn't exactly remember why--maybe it was peer pressure from our health-driven community, who knows. I don't lіke pіzza sаucеs,
ѕo І oρt to use tωo cans of diceԁ tоmatοes аs
the first layeг-one can οf plаin and thе
other of Italian.

mу ρаge - www.linkagogo.com

Anonymous said...

analyst I feelіng that therе are non-ratiоnal forceѕ at
succeed. Very hot air balloоn rides mοrе than the gorge
are alѕo faiгly pοpular. The landfill extendеd the spot so it can be second hand to cоnstгuct on.



Аlso visit my weblog pizza stone directions grill

Anonymous said...

Hi everybody, here every person is sharing such experience, thus
it's pleasant to read this website, and I used to go to see this website every day.

My weblog; Kindergeburtstag Mannheim

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...