Monday, August 23, 2010

Produk Daging McDonald di jamin Selamat dan Halal



Assalamualaikum..

Rasanya agak kecoh juga la bila b4 this ade satu email yang mengatakan daging burger kat McD tu tak halal..Rasa takut pun ade..Mana taknya, mmg ramai giler bebudak kita ni suke sgt makin burger Mcd..Paling terbaru GCB..Perghhh..memang terbaik daging die...sedap hingga menjilat kaki..^_^


So kat sini, i nak share with u all satu memo frm Pengurus Komunikasi Korporat McDonald Malaysia yang mengatakan daging burger McD di Malaysia adalah halal..(Lega rasanya...oh GCB...nyum nyum..)


Kat bawah ni memo frm McD

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



PRODUK DAGING McDONALD’S DIJAMINSELAMAT DAN HALAL


Assalamualaikum saudara-saudari yang saya hormati sekelian,
Bagi pihak McDonald's Malaysia, saya ingin memaklumkan kepada saudara dan
saudari bahawa semua makanan dan minuman yang disediakan oleh
McDonald's Malaysia adalah selamat dan halal untuk dimakan. Ini kerana
McDonald’s sentiasa mematuhi semua akta makanan, syarat dan peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta JAKIM.
Saya memberi jaminan bahawa daging yang dibeli oleh McDonald's
Malaysia adalah 100% halal kerana para pembekal kami mendapat sijil halal
daripada JAKIM. Sekiranya terdapat sebarang arahan daripada JAKIM untuk
menghentikan pembelian dari mana-mana pihak, kami tidak akan teragak-agak
untuk melakukannya.
Dakwaan yang mengatakan kami membeli daging tidak halal dari Uruguay
adalah tidak benar kerana kami kini membelinya dari negara pembekal
yang diberikan sijil halal oleh JAKIM.
Untuk pengesahan mengenai status halal makanan McDonald’s, saudarasaudari
boleh menghubungi Divisyen Hub Halal, JAKIM di (03) 8315 0200 atau
saya di (03) 7843 –3233. .


Terima kasih.


Yang benar,
Fartini Zaharuddin
Pengurus Komunikasi Korporat
McDonald's Malaysia

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>


So you all puas hati tak? Emmmm, pasni dah bleh makan daging burger McD tanpa ragu2 n pening kepala pk samada daging die halal or tak..


Well, rasa cam berbuka ni nak makan Gcb die..I likeeeeee....^_^










Terliur tgk gambar gcb McD ni..Cik perut sabar key..petang ni kita berbuka daging gcb ni..yehuuuuuuu..
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Saturday, August 14, 2010

Kelebihan Terawih

Ramadhan al-Mubarak.. ^__^
Perbanyakkan Baca Al-Quran..

Terawih jangan di lupa!!


Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan al-Mubarak.. ^__^

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia, di galakkan beribadah pada bulan ni..Mana taknya, dalam setahun, sekali je nak jumpa bulan ni..so, perbanyakkan la amal ibadah..pulun habis masa bulan ramadhan..

Kepada yang gila kerja aka workaholic tu, ingat2 la sket..Bukan senang nak jumpa Bulan ramadhan ni..belum tentu kita akan jumpa bulan ni untuk tahun2 akan datang...ye la, kan ajal datang pada bila2 masa je.. So gunakan sebaik2 nya bulan Ramadhan dengan amalan ibadah..









Well, nak share kelebihan bertarawih pada bulan Ramadhan..bleh juga di jadikan sebagai rujukan kepada kita semua..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Thursday, August 12, 2010

Sakit Kepala

Rasa mahu bersantai spt di atas untuk m'hilangkan rasa pening saya.
(Gambar sekadar hiasan)

Sejak akhir2 ni, saya mengalami pening kepala yang teruk juga Selalu terjadi pada waktu malam....rasa pening pening pening dan pening...

Tapi memang kepala macam nak pecah, mata berpinar...Risau dengan tahap kesihatan saya, so saya try search di google punca2 sakit kepala..





<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sakit Kepala



Pengenalan



Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.



Sebab Sakit Kepala



Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache). (mungkin ini sebab sy pening kepala)
• Kemurungan (juga ini)
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun



Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.



Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat



Soalan Lazim



1. Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.



2. Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya
atau tidak?
Tidak.
Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.
























Bila baca itu, rasa takut bukan..Pernah juga pergi jumpa doktor bertanyakan sebab i pening, then doktor cakap maybe sebab tekanan keje, n hal2 peribadi..Emmm...lately pun mmg byk sgt bende yang memberi tekanan pada saya...Mungkin itu antara sebab saya kerap pening kepala...-__-

Saturday, August 7, 2010

Biskut Raya 2010

Selamat Menyambut Ramadhan..Saya mahu promote Biskut Paling Sedap abad ini...Beli jgn tak beli...^_^
Almond London Rangup
RM23-50 biji
Sangat sedap, Coklat pekat, n paling best kacang badam dalam biskut ni sebiji n besar..Rasa puas biler makan..


Kek Kukus masam manis
RM27
Berat 1.2 kg


Biskut Makmur Strawberi
RM18-50 biji

Coklat berinti badam
RM22-25 biji
100% coklat..sesuai juga untuk di jadikan hantaran Tunang or Kahwin..

Ini bukan untuk di jual ya!! ^_^

Gaya yang serupa !!

Mahu menembak diri sendiri..ape kes gaya camni dowh???
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Thursday, August 5, 2010

Lady Gaga New Song-Alejandro

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web .Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga .Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video laguAlejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .




Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”





Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..




But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?



Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .




Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..







Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .




“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall





Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .




Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..







I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..




Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...




Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)





<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





*Informasi dari emel seorang rakan..

Boleh juga search di You Tube dan taip 'The arrivals' @ 'The Wakeup Project'. Di situ banyak di cerikatakan tentang illuminati, Dajjal, Freemason, dan Mind Control oleh satu kuasa besar...






















Wednesday, August 4, 2010

Keluarga itu Penting..

Saya sayang Keluarga saya..^_^

Kehidupan di dunia ini cuma sementara..well, i nak share satu emel yang sgt boleh di jadikan pengajaran untuk kita..

Amat sesuai juga di tujukan kepada orang2 yang begitu taksub dengan pekerjaan mereka sehingga melupakan keluarga dan keadaan sekeliling,,Kira nya meletakkan Work as first priority la..Family sebagai 2nd Priority..

Bukan sy membangkang kepada org2 yang begitu taksub dengan pekerjaan mereka, tapi hanya mahu memberi peringatan kepada mereka yang hidup ini hanya sementara sahaja..keluarga itu sangat penting kerana mereka yang akan mendoakan kita di kala kita tiada lagi di dunia ini..

Jom baca..Ini adalah Kisah benar..Sangat berguna kepada kita untuk di jadikan pengajaran...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma...

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah . Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>





Selepas membaca artikel ni, membuatkan saya terus berfikir..adakah saya seorang yang meletakkan pekerjaan sebagai first priority??





Mahu meluangkan banyak masa kepada keluarga dan slalu memberi sedekah dengan hati yang Ikhlas kerana Allah..

Aktiviti Bersukan Kesukaan!!

Bulu tangkis & raket (gambat sekadar hiasan) ^_^

Mau tinggalkan rasa sedih itu, mau buang jauh2,..Sekarang mau ingat benda2 yang best sahaja..
Emm..Aktiviti Bersukan kesukaan!! Well, nice topic..sebab sy mmg amat suka gler kat satu sukan ni sampai sanggup tempah court untuk bermain..walaupun main maca haram..harap melambung2 je bulu tangkis tu, tapi honestly, i enjoy it..Badan pun berpeluh & at the same time, my lemak2 pun ilang la..hahaha
Zaman kurus!!
Wah, gambar kat atas tu zaman diploma dulu..mmg teramat kurus aku time tuh...takde lemak pon seh...N kereta kat belakang tu pun skarang telah berubah wajah jadik honda city..hahahaha..biasala..zaman telah berubah..


Awek gemok!!
Hehehehe, Gambar kat atas tu adalah gambar zaman sekarang aka terlatest tak latest sgt la..ni pic masa ke Genting dengan kawan2 bank muamalat tahun 2009.. Kira terbaru jgk la kan..tgk la..ni la org yang jarang bersenam lepas habis belajar..akibatnya..peha telah membesar cam gambar kat atas tu..hehehehe
Takpela, gemuk tapi tetap cun..! Ahaks

Monday, August 2, 2010

Bersabar dengan Ujian dan Dugaan dari NYA


Sentiasa perlu bersabar atas ujian dan dugaan dari NYA..Menangis air mata darah sekali pun tak guna..hanya perlu muhasabah diri mengapa TUHAN uji kita dengan pelbagai dugaan..Selalu set kat my mind yang TUHAN sayang kan aku, n aku deserve untuk dapat yang terbaik...


Dalam hidup ini, ujian datang silih berganti. Lepas satu ujian, ujian lain pula datang bertandang. Inilah kehidupan. Bukan lah kehidupan namanya kalau tidak dilanda ujian. Kerana hakikat kehidupan kita ini adalah untuk diuji. Allah nak uji tahap keimanan kita sebenarnya.

Tidak kiralah apa bentuk ujian yang kita hadapi pun, semua itu adalah untuk menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Bayangkan sekiranya kita dibiarkan terus leka dengan dunia ini dengan kesenangan tanpa ada sebarang ujian pada kita. Nescaya diri kita ini makin hari makin jauh dengan Allah. Maka Allah hantarkan kepada kita ujian-ujian supaya kita akan sentiasa dekat denganNya.. Ya Allah, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah kepada semua hamba-hambaNya ini. Bersyukurlah kita yang telah dianugerahkan ujian dalam hidup.

Pelbagai bentuk ujian dihadapi oleh pelbagai orang di dunia ini. Semakin tinggi iman kita padaNya, semakin berat ujian dan dugaan yang kita hadapi. Untuk mencapai makam tertinggi dalam tahap keimanan kepada Allah bukanlah senang. Tapi liku-liku itu perlu kita tempuhi bagi membuktikan padaNya yang kita ini benar-benar beriman padaNya. Tidak kiralah apa ujian yang kita tempuhi. Contohnya ujian ditinggalkan orang yang kita sayang. Sebab apa teman bagi contoh ini. Ini adalah kerana ramai orang sebenarnya akan kecundang dalam perihal tersebut. Janganlah disebabkan perkara itu kita hilang pertimbangan dalam hidup. Bukan tidak ada contoh dalam dunia ini di mana mereka yang ditinggalkan orang tersayang ini ada yang bunuh diri, ada yang menyiksa diri dengan menangis, ada yang tidak mahu menjamah makanan. Hidup kita bukanlah terhenti diketika kejadia itu sahaja. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, jadikanlah kesedihan ditinggalkan orang yang kita sayang itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya.

Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia. Tidak dapat tidak semua orang akan merasai perasaan tersebut. Tetapi sekiranya perasaan itu melampaui batas, ia akan menimbulkan masalah pada diri sehingga kita akan melupakan dimanakah Yang Maha Pencipta. Ini adalah kesan buruk pada mereka-mereka yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga perasaan itu dilayan hingga melampaui batas. Ingatlah semua yang berlaku di atas dunia ini adalah ujian. Maka hati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan dan ganjarannya. Alangkah baik sekiranya balasan dosa kita ini dapat ditimpalkan di dunia ini dan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada insan-insan yang lain. Alangkah bahagianya kita di akhirat nanti apabila laluan kita mudah untuk menuju ke syurga.

Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Mari kita muhasabah diri kita, apakah kita sudah sampai ke kemuncak tahap iman kepada Allah..dimanakah puncak sebenarnya ???

~Ya Allah, sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~














<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>








Soalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku berkenaan Lelaki..

* kenapa lelaki suka mempermainkan wanita yang benar-benar jujur dalam perhubungan?



* Masih adakah lelaki yang jujur dalam menjalinkan perhubungan dgn wanita?



*Kenapa kejujuran sukar dicari dalam kehidupan dunia hari ini?

Sunday, August 1, 2010

Hati yang telah kau sakiti...





Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis . . . membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis . . . melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis . . . membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis . . . melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis . . .
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah . . .
Kau sakiti . . .

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...