Friday, July 30, 2010

Petua Kurangkan Lapar dan Dahaga..



PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA...
(Sangat sesuai di amalkan pada bulan Ramadhan)

Bulan Ramadhan bakal tiba, so mesti semua orang ternanti2 bulan yang MULIA ini...mana taknya, di samping dapat perbanyakkan ibadah cth, tarawikh, baca quran..di samping itu, dengan berpuasa dapat menurukan berat badan saya yang semakin gemuk ini.. Kiranya, nafsu makan saya yang kuat ini dapat di kawal dengan berpuasa...

Tapi saya ada satu masalah..perut saya sangat cepat lapar..Pantang tengahari saja, perut sudah berdendang lagu dangdut Amelina feat Iwan..So nasib baik saya ada terima satu emel daripada kawan pasal petua untuk mengurangkan rasa lapar n dahaga semasa berpuasa...N saya rasa petua ini akan saya guna pakai semasa bulan puasa nanti...

Habislah kedai kurma..akan saya serbu untuk beli stok kurma saya pada bulan puasa nanti..yeayyy...


Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dalam sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.



Thursday, July 29, 2010

Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh

Red Devil, Jersi Bola, Salib & Hukum Fiqh




Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )


RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET



Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.



Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI .

Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-

وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN

Hukumnya memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.

Sekian

Tuesday, July 27, 2010

Dajjal,Yahudi, Freemason, Pokemon, Teletubbies

KETIKA perang Vietnam dengan Amerika, beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Hairannya anggota tentera Amerika yang ditahan oleh komunis ini berpaling tadah sehingga berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada tentera Amerika lain.

Mengikut kajian para psikologis, mereka yang ditahan telah diprogramkan (brain wash) dan salah satu cara paling berkesan yang digunakan komunis ialah cara mengulang-ulangkan pemahaman mereka kepada tentera tadi. Maknanya apabila mendengar sesuatu berulangkali, seseorang itu akhirnya akan yakin dengan sesuatu perkara tersebut. Kaedah tersebut sama banyak dengan kaedah psikologi hipnotisme lain yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam medan media untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif dianggap aneh atau taboo akan akhirnya menjadi perkara biasa dan masyarakat akan menjadi lali jika berulang kali didengar atau dipaparkan. Kaedah repetitive hypnotism ini sangat berkesan. Contohnya, homoseksual menjadi kebanggaan malah diberi hak berkelakuan tidak senonoh dan dilindungi oleh undang-undang sekular, hasil propaganda repetitive media.

Dalam ajaran islam, Allah dan rasulnya menggunakan kaedah repetitive brain wash ini. Kita sembahyang lima kali sehari, membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, Al-Quran disarankan dibaca selalu. Justeru, kita tahu bahawa seseorang yang telah menerima bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai penyampai mesej Allah dan menjadi ikutan hidupnya, akan dibersihkan otaknya (brain wash) dari segala akidah yang salah, pemahaman yang karut dan segala sifat yang keji. Diterapkan akidah yang benar bersifat mulia dengan mengerjakan ibadah yang bersifat repetitive tersebut.

Kini, adik-adik dan pemuda pemudi Islam terdedah dengan hypnotism yang diselitkan dalam rancangan kartun Pokemon sehingga mufti-mufti ditanah Arab membawa fatwa mengharamkan Pokemon. Individu yang tidak peka dengan kejatuhan akidah dan akhlak umat akan berkata "Apa sangat nak dihebohkan dengan perkara kecil simbol-simbol benda kartun ni?"

Pengharaman kad mainan Pokemonini wajar dilakukan kerana kad tersebut mengandungi antaranya simbol-simbol Kristian dan salib. Muslimin sekalian, jangan pandang remeh bahaya Pokemon ini kerana dalam masa berhibur, anak-anak yang menonton kartun ini dipukau dan diracun mindanya dengan sedikit demi sedikit ajaran-ajaran keji. Dipukau dengan aksi-aksi hebat penyelamat-penyelamat dunia yang menggunakan simbol logo-logo Zionis, Freemason dan Christianity.

Sedikit demi sedikit generasi akan datang, akan akhirnya menjadi pengikut dan askar-askar Dajjal! Perlu diingat, kaedah tipu helah syaitan yang popular ialah mencampur-adukkan banyak benda baik dengan sedikit benda buruk supaya tidak ketara kita ini disesatkan dan ditipu hidup-hidup. Contohnya, berjuta manusia terpedaya dengan ramah-tamah, baik budi pemurah Mother Theresa, mencampur adukkan kebaikan membantu fakir miskin dengan keburukan Trinity menyembah Bapa Tuhan, Anak dan 'holy spirit' menggantikan Allah yang Esa.

Apa sebenarnya aktiviti dan pengaruh 'Freemason' yang dikaitkan dengan kedatangan Dajjal tidak lama lagi? Maklumat terperinci kedatangan Freemason sebagai tentera Dajjal banyak diriwayat dalam hadith. Kedatangan Dajjal tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran sebab itu golongan anti hadith tidak akan ada perisai menangani tipu helah Dajjal

Secara ringkasnya, Freemason adalah pertubuhan rahsia bawah tanah golongan elit dunia yang juga adalah penyembah syaitan. Dahulunya mereka ini terpaksa lari mencari tempat perlindungan kerana diburu kerajaan Kristian Eropah kerana dianggap murtad mengamal sihir dan menyembah syaitan. Tetapi mereka ini berjaya mendapat pengaruh politik beberapa kerajaan Eropah dan akhirnya menerajui pucuk pimpinan (secara rahsia) kerajaan-kerajaan Eropah bermula dengan Scotland, zaman Robert The Bruce, England dan France.

Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Freemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika.

Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi.

Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.

Apabila matlamat mereka tercapai, di mana manusia sejagat telah tidak lagi menyembah Tuhan yang Esa tetapi menyembah hawa nafsu dan kehidupan duniawi maka secara automatik kedatangan 'Ra' atau Dajal akan disembah sebagai tuhan. Ini kerana siapa yang mengikut Dajjal akan menjadi mewah dan siapa yang menentangnya akan sengsara.
Dia mengaku sebagai tuhan mampu memberi dan menyekat rezeki, dan dikurnia Allah berbagai-bagai keistimewaan sebagai ujian.

Pada zaman ini, di mana sahaja anda berada baik di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom atau Malaysia, setiap yang kita dengar dari media, lihat, tonton, baca semuanya telah dipengaruhi Freemason. Mereka ini telah berkerja keras menyesatkan masyarakat sehingga mempengaruhi minda kita sejak peringkat bayi lagi.

Saya ingin menyentuh rancangan Teletubbies, rancangan untuk bayi memaparkan watak-watak boneka Tinky-Winky, Dipsy, La la, Po yang comel-lote. Rancangan ini sangat popular sehingga patung teletubbies laris menjelang Krismas dua tiga tahun lepas.

Beberapa bulan kemudian televisyen dan akhbar tempatan United Kingdom membawa berita bahawa hasil kajian mendapati bayi sedunia sebenarnya bertutur bahasa bayi yang sama. Pada permulaan rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis, seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip mata (dalam suku saat) logo Freemason dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari di permulaan rancangan Teletubbies tersebut.

Kaedah flashing image ini telah lama digunakan dalam media perfileman untuk membawa maksud tersirat (subliminal message). Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.

Contohnya kadangkala bulu roma tengkok naik scram semasa menonton filem sebab banyak diselitkan 'flasing images' makhluk hodoh scram. Dalam rancangan Teletubbies tersebut, setiap kali bayi matahari ini muncul akan ada perkara ajaib yang berlaku di kaca televisyen. Macam cerita Dajjal, beliau mengaku tuhan dan ada banyak perkara ajaib.

Keberkesanan mempengaruhi manusia dari peringkat bayi ini mungkin tidak sebesar mana tetapi Islam melalui sunnah Nabi mengajar kita azankan di telinga kanan dan iqamahkan di telinga kiri beberapa saat lahirnya bayi ke dunia.

Ekoran daripada itulah Allah menyuruh kita tundukkan pandangan, selamatkan diri dari melihat papan tanda lucah merata-rata yang sudah jelas dikuasai syaitan bertopengkan syarikat pengiklanan di seluruh dunia.

Sebagai tanda kebangaan mereka menguasai dunia, mereka asyik selitkan logo Dajjal mata satu dimerata-rata. Contohnya:

1. Logo Channel Television America CBS

2. Logo 'ICON' a Film producing company

3. Siaran TV 'Star in their eyes'. Star diletakkan di posisi mata diatas pyramid lambang Freemason.

4. Siaran Quiz kanak-kanak 'Inside Out' memaparkan seorang all-knowing professor yang memberi jawapan kepada soalan sukar bersemayam di atas pentas bermata satu.

5.Filem kartun Monster...ala makhluk hijau mata satu tu

6. Carik sendiri yang lain-lain


The fact that they will always show their one eyed sign on anything that they show is a rahmah upon the Muslim from Allah because every muslim can see the word "kaf fa ra" Kafir on the forhead of the Dajjal when he comes.

Adakah kita benar2 bersedia dengan ketibaan mereka??

Tahu ape yang saya maksudkan dengan 'Mereka'??

'Mereka' yang saya maksudkan adalah Ketibaan of Dajjal, Imam Mahdi, and Penurunan kedua nabi Isa...

Adakah kita benar2 bersedia??

Setiap Tamadun dah menceritakan hal ini..cuma kita, antara sedar da tidak je..

Saya try jugak nak upload pasal arrival ni di blog..tapi, maaf sebab broadband tak memberi kerjasama..

Boleh cari video ni di you tube, & taip the arrivals..Just click mane2 video yang pasal arrivals of dajjal/freemason..

Benda ni sgt penting untuk kita tahu, sebab kat video ni menceritakan penipuan kuasa2 besar dunia sekarang...

Saturday, July 24, 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu......

Well this info also good to share untuk semua blog readers...Check it out...T__T


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

-Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

- *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami


Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

- Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

- Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

- *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

- *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

- *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

-Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia


So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.



Thursday, July 22, 2010

Gambaran Alam Mahsyar..

ALAM MAHSYAR


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.aw. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinyadisebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Especially fot the Ladies!!!

Memang menakutkan..Artikel ni aku jumpe frm kawan aku..die bagi through email.. And i rase tak salah if i nak kongsi to all blog reader about this..Penah tak korang di snap oleh orang yang you all tak kenal..???




Ambik gambar dari jauh, mulanya sti you all rase cam perasan ensem n cantik sebab bangga ade orang ambik gambar (well, this feeling ade sket dalam diri aku..hahaha ..cantik ke? ^_^)






Tapi sebenarnya, bende ni bahaya tau..penah tengok cerita omputih tak? Camera yang boleh nampak segala benda..sounds takut n seram..So malas nak type banyak2, u all just read je artikel kat bawah ni key..I think this info bagus untuk di kongsi bersama...






<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
See Through Clothes



(These two See Through Clothes video-grabs were taken at the same instant with identical Panasonic NV-S2 camcorders. The camera on the right, however, was modified - ICF removed - and fitted with a KAYA PF1 See Through Clothes filter.

Also click here to view a See Through Clothes mpeg file (619KB) taken with Sony Nightshot TRV9 camcorder equipped with a PF1 See Through Clothes filter, by an outdoor swim pool. )


Hi Lady friends and guys please forward to your girlfriends, daughters or wives,
The next time when you see someone (stranger) using a Digital Video Cam or Digital Camera pointing at you, don't think you are pretty and gorgeous. You are in danger in fact!! You might land yourself as a "starring" or "porn actress" in the XXX web-sites showing your naked body all over the world unaware. There are many pervert people doing this currently. Don't think they are just tourists or reporters. Please be awakened and alert when you are doing shopping in Big Malls, Airports, LRT Stations, Cinemas, Beaches, Hotels and so forth.......!!!!
Nowadays, technology in using high-tech cameras fixed with a type of lens called PF LENS, which can see through clothings. The PF LENS is able to see through most types of clothes, for examples, thin clothes, tight clothes, sun dresses, swimsuits and so forth. Be aware that this means that the person taking a snap on you can actually see your naked body both "upper and underpart" through the external garment. In other words, the PF Lens allows the camera man to "see through" someone's clothes.


Suggest that whenever you suspect some strangers holding a camera or Digicam pointing at you, try to avoid facing him (face to face). Quickly use your handbag or any shopping bags in hand to cover your whole front body (in case). Next, escape from the scene as soon as possible. This is to save a situation from landing yourself into the hands of evil.

Recently, many girls and housewives' naked photos were vastly distributed in the internet websites without them knowing. Perverts intentionally move around places where ladies usually frequent and took their nude shots. Imagine, one day your male friend come to you and tell you, he saw your naked pose in the web, how are you to face the situation????? Please take this as something very important and don't take this lightly in order to save a shameful and distressful situation.....!!!!!!
Finally, if you are concerned with many of your good lady friends, please make an effort to forward this message to them so that they are also saved from being victims of those perverts preying around them unaware...!!!

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Sow how readers? Just beware kat keadaan sekeliling you all... Tutup2 mane yang patut if nampat ade orang cube ambik gambar or video area tempat you all tu key...

Tuesday, July 20, 2010

Dari Ilham Seorang Lelaki...

PENTINGNYA SEORANG PEREMPUAN DALAM HIDUP SEHARIAN.....
Penah dengar tak ayat kat atas tu?mmg pernah pon..perempuan if takde, ibarat macam sebuah rumah kosong yang tiada penghuni..
Saya memang syang gler kat mak saya..even die ni seorang yang banyak sgt membebel... tapi, bile die tak membebel, sy cam rindu plak nak dgr suara die...hehehehe
tapi mmg bile die membebel tahap kepala bleh pening la sape yang dengar..hahaha, i can guarantee...
No Matter what, i still love u mom...So much...
Gambar mak saya..(maaf, visual kurang menarik ^_^)

Kat bawah ni, artikel frm seorang lelaki yang namanya tak boleh di dedahkan...Jom kita baca tanggapan die pasal perempuan ni..I suke sgt baca..sebab, ayat die bagitau kita yang perempuan ni btol2 di perlukan...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?
Dari Ilham Seorang Lelaki..

Yang pompuan udah kawen tu….hehehe pass pass kat hubby u all

1- Bagaimana rasanye bila ISTERI tiada..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda…

Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmmlah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti…

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini, terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan kita sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you…


2- Bagaimana pula rasanya sehari tanpa ibu?......

I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti...



"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Thursday, July 15, 2010

Memilih Pasangan yang Terbaik

Dalam islam if nak memilih pasangan, pilihlah dari segi agama, keturunan, harta dan rupa.. Tapi yang paling penting ialah agama untuk membimbing ke jalan yang lurus..Kalau agama pon takat cukup2 makan, alamatnya, pasangan tu tak terbimbing la jadiknya..


Dan dalam memilih pasangan pon, pilih la dari segi hati budi, sifat kesungguhan yang die tunjukkan kat kita..Tu tandanya pasangan kita tu serius nak ambik kita jadi pasangan hidup.. Biar tak ensem, asal sayang...(hehehe, lain macam je statement)


Asalkan hati bahagia, da cukup penting...rupa tu, bawak tepi dulu, walaupun mase dulu, rupa ni mmg aku titikberatkan dalam cari pasangan, tapi mostly, laki2 yang ensem yang penah jadi pasangan aku sume tak kekal, main kayu tiga n tak tau hargai cinta yang kita bagi...(Setuju kan ngan statement aku ni?)



Emmm...Solat istikharah pon penting...perlu juga mohon pada TUHAN, adakah pasangan yang kita pilih tu adalah jodoh yang sesuai bagi kita..




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday, July 13, 2010

Kerja oh Kerja


Keje keje keje..



kan best if duduk goyang kaki je..duit tiap2 bulan dapat..(owh kalau u kawin ngan lelaki kaya la sindarella..)
Selalu je rungutan2 ni kuar kat kepala semua orang kan,...mmg la..sape yang tak nak kan..hahahaha..Tapi bagi aku, aku suke carik duit atas dasar usaha aku sendiri..bukan daripada orang lain...(Good Sindarella ^_^)
Yelah, blajar da tinggi..kene la gunakan sehabis baik ilmu yang kita blajar utk cari duit,...Tapi sekarang perasan tak, duit senang sgt cair..Beli itu ini, tak perasan duit di dompet sudah banyak keluar....
Nak carik duit tu pun bukan nya senang..keje cam robot..tiap pagi kene g ofis, balik kol 7 lebih, meeting..bla2 bla2..

Sunday, July 11, 2010

Bagaimana Meletakkan Iklan Nuffnang di dalam Blog?

Sambungan dari entry yang lepas..


Ok, akaun Nuffnang dah ada...Cuma tinggal anda ingin memasukkan iklan sahaja ke dalam blog anda. Caranya amat mudah sekali bagi yang dah biasa dengan blog. Tapi, saya terbitkan juga tutorial ringkas ini bagi membantu mereka2 yang masih blur dan kurang arif tentang blog.

Ok, langkah pertama adalah taip di blowser address Nuffnang iaitu :
www.nuffnang.com.my dan anda akan di bawa ke page utama Nuffnang. Sila masukkan email dan password anda, dan log in.



Sesudah login, anda akan di bawa ke page admin seperti di bawah. Bagi anda yang baru menyertai Nuffnang, status anda adalah ahli biasa dan bukannya Glitterati seperti akaun di bawah.

Bagaimana ingin menjadi ahli Glitterati?

Macam anda juga yang tak suka di madukan (perempuan...), Nuffnang juga begitu..hehe. Syarat utama untuk menjadi ahli Glitterati adalah, anda tidak boleh memasukkan iklan lain yang konsepnya seperti Nuffnang. Iklan yang tidak di benarkan adalah iklan dari Asia Tenggara. Contohnya dari Malaysia iaitu Gokita, Advertlets dan sebagainya. Iklan lain yang bersifat global seperti Google Adsense di benarkan. Takde masalah… ^_^

So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri.

Apa yang bagusnya bila jadi ahli Nuffnang Glitteri?

1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding nuffnang ahli biasa.

2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli nuffnang biasa.

3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60 hari bagi ahli nuffnang biasa.

4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa
Page10 Of 30

5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.

6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa

So, terpulang kepada anda samada ingin menjadi ahli Glitterati atau tidak. Pilihan masing-masing.




Bagi mereka yang baru menyertai Nuffnang juga, Earningnya adalah RM0.00 . Gambar di atas menunjukkan baki akaun seorang ahli nuffnang ada RM2.10 .

Ini kerana baru beberapa hari beliau cash out sebanyak RM224.65 . So, akaun bermula dengan RM0.00 semula.

Ok, bagaimana ingin memasukkan iklan banner ke dalam blog? Ikut langkah 3
dengan klik More ..




Anda akan di bawa ke page seperti di bawah dan klik Add Ad.




Anda akan di bawa ke page yang mengandungi kod java. Kod inilah yang akan anda masukkan ke dalam blog nanti. Jika anda ingin melihat size banner yang sesuai untuk di masukkan ke dalam blog anda, contohnya pada bahagian sidebar blog, preview terlebih dahulu.

Dalam tutorial ini, saya akan mengambil kod yang kedua iaitu bersaiz 160 x 300 yang sesuai untuk bahagian sidebar. Copy kod tersebut.





Bagaimana ingin memasukkan kod Nuffnang kedalam blog? – blogspot

Seterusnya, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk memasukkan kod Nuffnang ke dalam blog medium blogspot pula.

Pertamanya, buka : www.blogger.com dan log in blog anda. Jika tiada blog blogspot, sila daftar dan buat satu blog blogspot. Pilih option ke dua untuk buat blog.






Sila klik pada layout dan anda akan di bawa ke page seperti di bawah:






Untuk memasukkan banner Nuffnang di bahagian sidebar blog anda, ikut panduan di bawah:










Ok, setelah anda siap pastekan kod Nuffnang dan klik save, secara defaultnya kedudukan banner Nuffnang yang akan muncul adalah di bahagian paling atas sidebar. Bagaimana jika anda ingin meletakkan banner tersebut di bahagian bawah atau tengah sidebar?

Ikuti panduan di bawah.
Kotak html/Javascript adalah mengandungi kod banner Nuffnang. Jadi klik di atas kotak itu dan grab ke bahagian mana yang anda suka.





Last sekali, klik save supaya banner yang di grab dan di letakkan di tempat lain itu kekal kedudukannya.






Ini adalah contoh banner Nuffnang yang telah terhasil di dalam blog blogspot anda.

Tahniah kerana anda sudah berjaya memasukkan banner Nuffnang.

Saturday, July 10, 2010

4 Langkah Mudah Menjana Pendapatan Sampingan dengan Nuffnang




Panduan menjana pendapatan sampingan dengan Nuffnang ini adalah percuma
bertujuan untuk membantu rakan-rakan internet memulakan pendapatan pertama mereka dengan cara yang mudah dan tanpa modal.

Pengenalan Kepada Nuffnang

Program buat duit Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia, Nuffnang buat masa ini (ketika ebook ini di tulis) hanya membuka penyertaan dari Malaysia dan Singapura sahaja.


Mereka yang menyertai Nuffnang sebagai publisher akan mendapat pendapatan melalui klik pada iklan yang diletakkan di dalam blog masing-masing. Jika klik anda tinggi, pendapatan anda bertambah, jika klik pada iklan kurang, pendapatan anda kurang. So, dengan ringkasnya kita boleh katakan, blog yang mempunyai pengunjung yang ramai akan menjana lebih pendapatan, manakala blog yang kurang pengunjung, pendapatan dari nuffnang juga kurang.






Bukti Nuffnang Bukan Program Menipu Dan Scam



Ini adalah contoh earning dari salah seorang blogger iaitu Blalang. Blalang merupakan salah seorang forumer di forum www.jombincang.com/forum . Dia dah lama join Nuffnang, patut la income dah banyak..hehe.






Noorizam Shah baru mendapat check terbaru Nuffnang…dia cerita kat forum jombincang
jugak.Noorizam jugak salah sorang yg gempak dalam menjana duit melalui Nuffnang.
Ok, saya rasa itu sahaja bukti yang pendapatan dari Nuffnang yang perlu di masukkan
untuk meyakinkan anda. Banyak lagi mereka-mereka yang mendapat income dari
Nuffnang, tak perlulah saya masukkan semuanya.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang

Mendaftar di Nuffnang


Ok, untuk mendaftar di Nuffnang, sila bukak address ini : www.nuffnang.com.my dan anda akan di bawa ke page seperti di bawah.




Program di Nuffnang terbahagi kepada dua iaitu blogger dan advertiser. Blog bermaksud publisher iaitu orang yang mempromosikan iklan Nuffnang. Publisher lebih tepat lagi adalah blogger yang ingin menjana pendapatan dengan Nuffang dengan meletakkan iklan Nuffnang di blog mereka. Mereka mendapat wang hasil dari klik iklan oleh pelawat. Advertiser pula adalah pengiklan yang mengiklan di Nuffnang. Mereka membayar Nuffnang untuk pengiklanan iklan mereka dan Nuffnang pula berkongsi profit dengan publisher (blogger). Sama saja konsepnya dengan Google Adsense dan sebagainya. Ok, untuk menjadi publisher dan meletakkan iklan Nuffnang di blog anda, klik Sign up as
blogger






Kemudian, anda akan di bawa ke page baru. Isikan dengan lengkap borang pendaftaran terutamanya yang bertanda * . Payee Name mesti betul seperti nama di dalam IC anda dan alamat surat menyurat juga penting supaya check anda nanti sampai kepada anda.






Kemudian, scrool ke bawah dan tick semua kotak untuk aggreement. Masukkan
nombor pengesahan dan klik Sign me Up seperti gambar di bawah.



Kemudiannya, buka email yang anda digunakan untuk pendaftaran tersebut dan anda akan dapat satu email pengesahan daripada Nuffnang seperti di bawah. Klik link yang di berikan untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda.







Tahniah !!!, anda dah berjaya memiliki akaun Nuffnang dan sudah boleh menjana pendapatan dengan Nuffnang.

Akan bersambung lagi dalam entry seterusnya...nantikan...





























Kesilapan dan Ketidaksempurnaan dalam Ibadat/Solat

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yang paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yang dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sangat nak buka puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, buka puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yang lain langsung tak mahu ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) . (Nasib baik aku join islamic bank..free of riba)

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar…kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yang tidur semula selepas bangun tahajjud, dan sebagainya…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca seorang-seorang cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran seorang-seorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama-lama…sempat lah orang nak bangun bersiap2 untuk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah
disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca..Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jangan peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan
syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yang sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yang menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yang selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh begini menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke
rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita
selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau &, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus saja bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat..tak payah nak berwirid lah, doa panjang2 lah, sembahyang sunat ba'diah lah, apa lah..sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2
sunat..lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat & ramai orang begini..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita
kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu untuk membantu saudara kita..itu yang dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yang lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba-tiba ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai
menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yang lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal ditinggalkan, tak
dihebohkan untuk menyiapkan sesuatu yang bakal dibawa….. Renung-renungkanlah ...

Thursday, July 8, 2010

I LOVE MY BANK CAMPAIGN..





I LOVE MY BANK CAMPAIGN

•This campaign is open to all new and existing Bank Islam’s customers


•Eligible customers stand a chance to win 12 weekly prizes and 1 grand prize at the end of campaign period.


•This campaign starts from July 2010 till September 2010.

Terms and Conditions

Campaign Mechanics


-Existing/new customers must introduce his/her immediate family members to open deposit account, or apply for financing or any other Consumer Banking products.


-Immediate family members Father, mother, siblings, spouse and children.


-Consumer Banking products Personal Financing, Home Financing, Vehicle Financing, Bank Islam Card, Deposit, Will Writing, Unit Trust, Tabung Haji Link, Personal Accident Motor Takaful.


Eligibility

a. Referral must be immediate family members.
b. Introducer to introduce at least 1 family member.
c. Referral to have minimum 3 products (at least 1 new product).
d. New financing referred cases must be approved and accepted.

Process flow

a. Introducer to complete contest form and submit to the nearest branch and referral must open deposit account, or apply for financing or any other Consumer Banking products.

b. In order to be eligible for weekly prizes, customer must submit their application latest on Friday of the week (every Thursday for Kelantan and Terenggnu).


c. This application will be eligible for draw on the next following day.

Prizes


Weekly Prizes iPhone 3GS
Grand Prize 42” TV “Flat Screen”

Prize Draw The prize draw will be conducted every week. However it is the Bank’s discretionary to review the frequency of the prize draw.
Declaration I/We hereby confirm and declare that I/we are not:-


a. Permanent and / or contract employees of Bank Islam;


b. Representatives and/or agents (including advertising and promotion agents) of Bank Islam

-Notification of Winners Grand prize winner will be notified via mail and/or telephone call. Other than the above mode of announcement, the winners (including the Grand Prize) will be posted via Bank Islam website www.bankislam.com.my and/or selective major newspapers.

-Result of the Winners The result of the winners is final. No appeal and correspondence will be entertained.


-Advertising and Promotion Bank Islam reserves the right to use the names and photographs of the winners and other information for advertising and promotion purpose.

Any enquiries, please do not hesitate to call us at:

Bank Islam (M) Berhad

Cawangan Putra Heights

No 42A, Jln Putra Mahkota 7/7A

47650 Putra Heights

Subang Jaya, Selangor

Tel: 03-5192 0981/1516

Fax: 03-5192 1534

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<










Kalimah ALLAH yang tersembunyi di sebalik kasut crocs!!!

Mungkin isu ni, ramai yang dah tau, tapi saje nak post kan jugak...mane la tau, ade lagi kawan2 kita yang tak realize pasal benda ni..




<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Kalimah ALLAH yang
tersembunyi disebalik Kasut Crocs!


Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun
mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat
Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan
dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi
dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan
gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik
mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah
pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada
anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah
disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah
:



Bagaimana?

Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel.
Tidak lebih dari itu.."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan
tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa
maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di
bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa
darjah :



Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :

Aduh, seperti terkena renjatan elektrik.
Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu
menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda
disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.

b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs
kepunyaan anda sendiri.


c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.

d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).


e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.


f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.

g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.


Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!




Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :





Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :



Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...