Thursday, December 16, 2010

Bila BLOGGER Berlakon..Suai kenal Blogger..


Hai semua blogger..ni 2nd time join suai kenal blogger ni..meh nak ber cot cet pasal blog sindarella ni..ehem ehem..

I started masuk dunia blogger masa bulan june 2010..kira baru lagi la ni..Setakat ni follower baru 25 orang,,hahaha, gile kesian beb...so nak masuk suai kenal blogger dengan harapan akan dapat ramai kawan blog...

Trafik harian blog ni tak la ramai..sehari bleh dpt trafik bawah 20 orang je...n most popular post yang orang selalu baca ialah pasal dajal n freemason..

Nak cakap pasal sehari berapa entri tu yang payah sket..ye la..tau2 je la..working as banker, mane la ade mase sgt nak wat post kat blog..dulu masa mula2 rajin la wat entri..kadang dalam sehari sampai 2 entri...sekarang takat seminggu 1 entri la kot..

Ok, sepanjang aku suka berblogger ni..blog yang paling aku suka baca ialah:-

1-aididmuaddib.blogspot.com (blog paling bagus..byk info dalam blog ni pasal MLM)

2-nurulain8888.blogspot.com (blogger paling cun, suka tgk entri dia..lagi satu sebab die ni adik ipar kepada ex aku kot..huhu)

ada lagi..tapi aku tak ingat address blogger..just g kat side bar tepi blog aku..mane yang tersenari tu, mmg aku suka blogwalking kat blog dorang..

Ok dah..hope dengan cara ni aku dapat la kawan blog yang best...leh tukar2 pendapat n ideas..

Sekian terima kasih..^ ^

Monday, December 13, 2010

Warna mampu redakan tekanan

Merah
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu
Elakkan insomnia

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau
Lenyapkan keletihan

Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...