Thursday, June 23, 2011

10 Reason Y u should leave Office at 6.PM


10 REASON WHY YOU SHOULD LEAVE OFFICE AT 6.00 PM!!!

Haha, I think this would be the best reason why we have leave office sharp at 6pm..So, i want to share to all of you lah..huhu, dun forget to forward these reason to ur boss..

Wednesday, June 15, 2011

DAJJAL DAN PERMAINAN DUNIA OLEH KUASA2 BESAR

BERIKUT ADALAH LINK UNTUK VIDEO BERKENAAN KEDATANGAN DAJJAL DAN PERMAINAN DUNIA OLEH KUASA2 BESAR..


HARAP DPT MEMBUKA MINDA KITA SEMUA..

Hari Kiamat yang semakin hampir...Tasik Galilee

Satu artikel yang sangat penting untuk di kongsikan bersama..Serius bila sy baca ni rasa macam hari Kiamat semakin hampir dengan kita..Rasa takut menyelubungi diri sebab merasa diri ni kerdil sgt..Sesungguhnya hamba mu ini tidak layak ke Syurga Mu, namun tidak pula sanggup ke Neraka Mu...


Silalah baca, n mohon forward kepada rakan2 yang lain..



Tasik Galilee







Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini
kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa
sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu
datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya
Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini
menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik
Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika
ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan
anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih
Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis
ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi
kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun
beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana
Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh
pelusuk bumi.



Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu
berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun. dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plusminus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul
dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan
dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi
Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di
kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang
belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin
mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku
serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat
dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakanrakan,
semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa
kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan
mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini),
percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda
besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan
berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak
menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua
PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK
MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari
dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya
kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang
pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan
elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang
mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal
laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone,
playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya
elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3
penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu
zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan
kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai
satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan
melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan
menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran
api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat
yang selain pernah nabi sendiri gunakan

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja
teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia
ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda
bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan
anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah
pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya
lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal
itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi
Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya
ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu
tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila
satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur
bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang
mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya
ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari
keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah
meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana
itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada
tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa
Melayu.

sumber: zamerr fisabilillah

Monday, June 13, 2011

Demam Nora Elena yang melanda golongan wanita..


Sekarang ni bukan dah takat demam, tapi satu FENOMENA dah..mana taknye, sume dok citer pasal cite Akasia kat tv3, nora elena ni..Cite ni adaptasi dari novel Kasih yang suci...so sesapa yang nak download novel tu bleh g kat link SINI okehhh

I ni dulu daripada tak org tak tak minat citer2 camni, bleh lak jadik minat..gara2 time tu cuti n tak tau nak tgk citer ape kat tb, so gatal la tgn nak alih tv3..time tu la citer Nora elena ni..sebelom di ade gak dengar member2 i sebut pasal Seth Tan la, Nora la..tapi i ni bukan la jenis ambik port sangat bab citer drama melayu ni...Tapi biler sekali i dah terjebak n tangkap cintun ngan citer ni, mmg i gler sket la..Taksub sgt ngan keROMANTIKAN Ahmad Seth Tan Abdullah ni..haha, tau, in real life, takdenye la laki seromantik Seth tan ni..hehe, ade pon, boleh di kira kot...

Ok tujuan buat post ni i saje je nak share satu email frm my colleagues regarding citer yang hot ni..huhu, dalam email tu pasal ade Hamba Allah ni nak suh Tv3 hentikan siaran Nora elena ni..haha, kelakar seh biler baca..tapi ade betolnye jugak...ala, nak hentikan pon tak guna sebab cite ni pon nak abis kan..k u all, cube la baca surat dari peminat citer Nora Elena ni..Gerenti u all akan tersenyum biler baca....
^
^
^
^
^
^
^
^
^





Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Tuesday, June 7, 2011

Ketulan di Payudara...

Tetiba tergerak nak buat entri pasal ni..maklumat penting untuk di share bersama..Ni i baru balik jumpa doktor pakar..sebab breast i sebelah kiri membengkak n merah...Pegi KPJ Speacialist then dorang buat Ultra Sound kat breast i.....

The result 'Multiple well-defined oval hypoechoic lesions seen scattered in both breasts, suggestive of cyst...

So ape sebenarnya cyst aka kista tu????sila rujuk di bawah ye..



'...Ramai yang tidak tahu apa itu kista payudara walaupun hampir semua wanita mempunyainya. Ramai juga wanita yang telah didiagnosis oleh doktor dengan kista payudara menjadi takut kerana yang terbayang di fikiran mereka adalah kanser payudara. Ramai juga yang tidak ambil peduli kerana tidak timbulnya apa-apa tanda kelainan pada payudara mereka.

Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.

Seorang wanita boleh mempunyai hanya satu kista di payudaranya ataupun lebih dari satu. Kista ini boleh muncul hanya pada 1 payudara atau kedua-duanya. Kista selalunya adalah berbentuk bulat ataupun lonjong dengan pinggir yang jelas. Jika berlokasi di permukaan, kista ini akan teraba sebgai suatu massa lunak seperti anggur atu belon berisi air. Di lokasi yang lebih dalam kista teraba sebagai suatu massa yang keras. Namun begitu, ada juga kista yang tidak teraba dan hanya terdeteksi pada saat pemeriksaan payudara rutin di klinik dengan menggunakan mammogram ataupun ultrasound. Kista ini juga boleh berulang kembali setelah menghilang.

Apakah penyebab munculnya kista di payudara? Setiap payudara wanita mempunyai 15 ke 20 lobus jaringan kelenjar yang tersusun macam kelopak bunga daisy. Lobus-lobus ini terbahagi lagi kepada lobulus-lobulus yang lebih kecil yang menghasilkan susu semasa kehamilan dan penyusuan anak. Lobus-lobus tu kira macam kilang buat susu la. Susu dari kelenjar-kelejar ini keluar melalui duktus-duktus kecil ke tempat penampungan di bawah puting susu. Duktus pulak macam paip yang salurkan air. Jaringan ikat yang menyokong jaringan ini kita panggil stroma. Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan. Dilatasi maksudnya jadi kembung la. Ada juga pendapat yang mengatakan perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dan kelenjar payudara. Selain daripada itu, diet yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.

Semua penyebab yang kita sebut di atas tadi boleh menghasilkan 2 jenis kista iaitu mikrokista yang sukar teraba tetapi dapat dilihat pada mammogram ataupun ultrasound dan juga makrokista yang boleh mencapai ukuran 1-2 inci sehingga dengan mudah teraba. Kista yang kecil tidak menimbulkan keluhan pada pesakit tetapi kista yang besar boleh menimbulkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara? Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas. Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut. Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.

Apa saja pemeriksaan yang dilakukan? Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda dan menanyakan beberapa soalan seperti bila pertama kali anda menyadari kemunculan massa tersebut, adakah ukurannya berubah, ada sakit pada tempat lain tak, ada keluar cairan dari puting tak, dan macam mana siklus menstruasi anda memberi kesan pada massa tersebut. Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid. Jika massa tersebut ternyata berisi cairan maka benarlah ia merupakan suatu kista. Namun jika massa tersebut adalah solid, maka pemeriksaan biopsy harus dilakukan untuk menentukan massa tersebut jinak ataupun ganas. Kalau ganas bererti massa tersebut adalah suatu kanser tetapi kalau jinak ianya bukan suatu kanser. Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.

Apa saja perawatan dan pengobatan yang diberikan kepada pesakit? Kista payudara tidak memerlukan apa-apa perawatan kecuali kista tersebut menimbulkan keluhan rasa sakit dan ketidakselesaan. Biasanya kista payudara yang sederhana akan hilang dengan sendirinya tanpa pengobatan. Pesakit hanya perlu mendatangi doktor untuk dilakukan follow up bagi mematau pertumbuhan kistanya. Namun pesakit yang mengalami keluhan akan dilakukan aspirasi jarum halus untuk mengeluarkan cairan sehingga kista tersebut hilang. Penggunaan obat kantasepsi oral dan penghentian terapi hormone dapat mengurangkan risiko berulangnya kista. Operasi payudara hanya dilakukan pada keadaan tertentu.

Apa saja perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan? Pertama, anda boleh menggunakan bra yang menyokong payudara anda untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Kedua, anda juga boleh menurunkan risiko kista payudara dengan menghentikan pengambilan kafein. Ketiga, risisko ini juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan diet rendah garam dan lemak kerana keduanya bersifat menarik cairan.

Apa saja obat alternatif yang boleh anda gunakan? Dikatakan bahawa evening primrose oil yang mengandungi asid linoleic dikombinasikan bersama vitamin E dapat mengurangkan rasa sakit pada payudara yang berulang. Ini adalah kerana wanita yang kekurangan asid linoleic lebih mudah mengalami fluktuasi dalam siklus menstruasinya.

Kesimpulannya, kista payudara bukanlah suatu kondisi yang perlu ditakutkan oleh para wanita kerana ia tidak meningkatkan risiko untuk terjadinya kanser payudara. Kista payudara dialami oleh ramai wanita dan kebanyakan dari mereka tidak menyadarinya. Yang paling penting adalah, selalulah melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan jika anda mendapatkan apa-apa kelainan segeralah bertemu dengan doktor anda untuk konsultasi. Pemeriksaan mammogram dan ultrasound tahunan harus juga dilakukan bukan untuk menakutkan masyarakat tetapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana mencegah itu lebih baik dari mengobati. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca....'




Nak snap gambar ubat yang doktor bagi ni takde bwk kamera plak..tapi doktor bagi ubat sapu n antibiotik ni,,,Pas 5 hari kena jumpe die balik untuk tgk perubahan..hopefulyy pas makan ubat ketullan ni mengecil..sebab isau la plak...to all women..kita ni adalah insan yang terdedah ngan pelbagai penyakit yang merbahaya..paling bahaya adalah kanser Payudara..so, if sesapa yang ade merasa keganjilan kat breast tu, cepat2 la buat check up n jumpa doktor pakar..tak payah nak malu2..ok..

entri sy tamat di sini...^__^



Sunday, June 5, 2011

Hari itu punye kejadian..Hari ini baru teringatkan

Walaupun kejadian ni dah lama, dlm minggu lepas, tapi baru sibuk2 nak hapdate..mintak maap la blog kesayangan..silalah terima hakikat bahawa kamu telah di pinggirkan..ehehe..

Nampak tak gambar kat bawah ni?ramai nya adik2 yang tgk wayang,,mentang2 uols ni cuti sekolah..amboi..sume dok serbu cinema..tak kurang juga ade gak adik2 kita ni yang g berdating ngan boipren gelpren memasing..hamboi korang..kecik2 dah gatai..wuhuhuhu..

Ye la skang pon kat cinema ngah citer best n menarik..Nur Kasih la, Karak, Kungfu panda, Pirates of Caribean...



ambik jap gambar kat poster filem karak ni...Time ni i ngan adik tgk citer ni..saje nak bawak die berjalan2 time cuti sekolah ni...Serius best la cite ni..Lakonan Shahir, Sheera Ayob, Kila Fairy...Kila Fairy dlm citer ni gedik sial..kadang nyampah pon ade tgk die..hahaha, kila fairy budget hot n cun...




Kungfu panda!! nak tgk....tp tak larat dah..next2 time la..

murah giler harga tiket..wuhuhu..

Adik aka farah chubby gurl...


si akak akak sindarella yang gediks n budget hot..


pas tgk wayang makan dulu..so sesape belom tgk filem Karak...cepat2 serbu cinema..Cerita terbitan KRU Studios mmg besttt..Congrates KRUUUU!!

Morib, destinasi menarik...


Cuti 3 hari, habiskan masa yang ade dengan family..bawak la tgk wayang n jalan area banting ni..ye la, Budget pon takde nak pegi bercuti jauh2 ni kan..Morib pon jadik laaaa....

Cantik jugak pemandangan kat Morib ni..ye la, dah buat penstrukturan semula,,so tempat ni dah cantikkk...Sempat lagi kitorang ambik gambar dulu sebelom jalan2 area sini...





Saya yang belah kanan sekali..Tu semua anak2 kakak saya Mazlina..5 dah..memang pengeluaran yang baikkkk..hehe, ape pon rezeki la..kahwin awal..dapat anak ramai at the age 32..aku ntah bile la nak kawin...Calon pon cam samar2..mood sedeyyyyy..isk



Adik Fitri Yusof yang comellll..



Air surut time ni..Kitorang dtg pon time hari khamis..pengunjung n kedai2 pon tak ramai n tak buka..Tapi if time weekend, memang sgt happening kat sini...


Ini adalah muka yang sgt budgetttt..huhu

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...