Thursday, December 29, 2011

Moga adanya sinar pada tahun 2012 nanti..


As Salam...

Tinggal berapa hari je lagi tahun 2011 akan berakhir..bermakna tahun 2012 akan bermula...

Setiap org pasti ada azam baru sempena tahun baru ni...i pon ade juga,,..macam biase la..azam taun lepas akan di forward pada tahun 2012 nanti..Sangat berharap tahun 2012 nanti akan adanya sinar untuk diri saya...


Emmmm...


Masa kat opis tadi, ade seorang guard bgtau sy, kita ni, perlu sentiasa bermuhasabah diri dan bersungguh2 apabila memohon sesuatu pada yang Esa...banyakkan membuat solat sunat pada tengah malam..seelok2 nya buat la 3 hari berturut2..sentiasa berfikiran positif , jangan mengganggap orang yang berharta itu bahagia, yang tak berharta hidup tak bahagia..Dan org yang berkahwin tak semestinya menempa bahagia..akan ada asam garam dalam perkahwinan..Anggap ape yang di alami oleh kita sebagai ujian yang di berikan oleh Allah kepada hamba2 nya.. kalau ikotkan, byk lagi yang pak guard tu bgtau sy tapi biarlah simpan je dalam hati sy ye..Masa dengar guard tu berceramah pon ade gak terasa nak menitiskan air mata..tapi tahankan je la..hoho, tengah keje kot time tu..berborak2 ngan guard tu masa pelanggan tak ramai..ye la, transaksi Tabung haji sume line down...


So i Sgt2 berterima kasih pada guard tersebut kerana telah membuka mata i...i admit selama ni mmg sentiasa memikirkan hal duniawi dan tidak bersungguh2 bila meminta sesuatu pada yang Esa..hati yang selalu resah gelisah n hot temper...'kita perlu ubah diri kita jika mahu apa yang kita inginkan'...i akan ingat kata2 tu...

InsyaAllah, akan sentiasa bermuhasabah diri dah merubah diri ini ke arah yang lebih baik...Amin...


Sunday, December 25, 2011

Jalan2 cari pasal..

As salam..

lama dah blog ni bersawang..abih penuh ngan sarang labah2..meh i nak update sket ari ni..al kisah jumaat ari tu adik, sepupu n i pi jalan2 cari pasal kat shah alam...haha..nak sebutkan kat sini malu la plak..hehe...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Malu punye pasal sampai space bar banyak kali neh...em, kitorang WET WORLD...wat???hahaha, tempat bebudak tuh..kah kah...tapi ok la kan, kitorang ni mmg suke berendam..aka badak air la katakan...pi mandi kat pantai..tapi geli lak tgk air die kotor..pencemaran teruk sgt...pantai aku maksudkan, pantai kelanang la...dekat jer...nak pi jejauh takde budget..kih kih..bonus tak dapat lagi bai...sob sob..cian aku...





time ni kitorang sampai awal la jugak..haha, eksaited terlebih nak main air...plate no keta tu aku conteng baik punye...haha


Aku rasa picta aku kat atas ni cam budak gemukssss...takpe la,,,janji bahagia ye tak walau takla bahagia mana pon..ececeh, ayat cam baru frust..sob sob sob..


time ni lepaking kat KFC dulu...


ni pic lepas mandi aka berendam cam badak air..hoho

tak dpt nak ambik gambar time mandi sebab takde photographer sudi nak ambikkan..ehehehe, syg camera wo..kang jatuh dalam air rosak bai...

tapi agak terkilan sket sebab masa pi sini, mountain slide yang paling panjang tu takleh main sebab ngah under maintenance..stressss tau...




Pas mandi kat wet world tu pekena mee gorang sotong n ABC kat section 2..kalau nak tau, mee goreng ni penah masuk JALAN2 CARI MAKAN tau..sedap gak la mee die..tapi lau boleh en tokey tambah la mee tu byk sikit ye...sy ni kuat makan..tak cukup..hehe


Akak n adik...mana akak mana adik ek?ce teka??


ni ABC coklat saya...nyum2..


banyak ke?sket kan?hehe, en tokey kalo baca belog sy tolong tambah sket lagi ye...

Ok...next update, i ngan member nak pi bukit cerakah lagi..kali ni nak main yang BIG THRILL plak...cant wait la...huhu

Saturday, December 24, 2011

Untuk mencintaimu by seventeen...


Honestly i tau lagu ni frm telefilem Mimpi sampai ke bintang lakonan Elfira Loy and Randy Pangalila aka jejaka hot indonesia..hehe

Serius best citer tu plus lawak sampai terguling2 when i watch that telemovie with my sister n cousin..So meh kita tgk lirik lagu die neh..kalo dengar lagu die sti uols rasa cam terbang di awangan gitu..huhu


Lirik lagu untuk mencintaimu by Seventeen..

apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu

apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku

reff:
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu

tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu

ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu

repeat reff

seumur hidupku, setulus hatiku
ooohhhh

Wednesday, December 14, 2011

Deactivate..yawww




Dengan ini sy telah meng deactivate kan akaun facebook saya...

hehe, macam pengumuman mohor2 besar untuk raya je kannn..

Facebook memang sgt melalaikan, sampai kadang tu online sampai ke malam..

So marilah kita deactivate ye...hehe (boleh caya ke ni?????)



Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu Versi Man United (Lawak gilerr)


Mesti peminat tegar Novel tak lepaskan peluang tgk Filem Ombak Rindu hasil nukila Fauzia Ashaari tu..memang best giler...I mase tgk citer tu menangis tuhhhhhh..huhu, tak sangka jiwa aku yang keras ni boleh lembut tgk citer neh..

Paling suka ayat ni.. 'Redha itu Ikhlas, Pasrah itu menyerah...'

K lah, tadi masa kat opis ade dpt emel frm member pasal Ombak Rindu yang versi lawak..memang nak tergelak bebs bile baca emel tu..meh i nak share kat bwh ni..sape la punye idea yang buat ni kan...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Ombak Rindu versi Man United Part 1:


Part 2:


Part 3 La Pulak:

Kih Kih...ape pon, filem paling buat aku meleleh hingus ialah Ombak Rindu...huhu

Saturday, December 10, 2011

Main masak2: Kek Oreo Cheese Cream..Yummy!!

Tak nak citer byk, just nak share resepi Kek oreo cheese cream ni...Dapat resepi ni frm my colleagues kat bank islam tuh..tgk bahan2 die senang jek nak cari...kat Jusco sume ade..hehe

Bahan-Bahan:







dutch lady fresh milk 80 ml needed

butter 50g

oreo 2 paket

cream cheese Philadelphia 250g

whipping cream 100ml

gula perang 1 tablespoon

gelatine halal 1 tablespoon + hot water 40ml

gula halus 1/2 cawan

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

so lepas dah ada semua bahan bahan tu, korang akan start buat bahagian bawah dia dulu. i mean that crust bawah dia. and ada bahagian top dia kan. so we will separate the part A and part B ingredients okay :)

ingredient part A

butter 50g

2 packet of oreos and leave 7 pieces for part B

gula perang 1 tablespoon


so butter ni tak payah meltkan sangat just make sure dia lembut and senang nak lenyek lenyek je


kemudian korang gunakan 2 paket oreo tu tapi make sure korang tinggalkan 7 keping oreo lagi
untuk letak kat atas kek tu bila dah siap and untuk blend dalam part B nanti.

so korang akan
keluarkan krim putih yang ada dalam oreo and asingkan dia.
so dalam part A ni korang akan guna only the cookies. korang akan crust/
hancurkan oreo tadi into tiny tiny pieces. so nanti bila nak buat bahagian bottom crust dia dapat dimampatkan.




haa lepas dah gaul sama rata oreo tadi, korang pun masukkan satu sudu besar gula perang. lepas tu kacau lagi kacau lagi kacau lagi kacau lagi lagi lagi. lepas dah sebati semua semua kan kan. haa dah boleh masukkan dalam bekas kek lah kan. then mampat mampatkan part A yang dah siap tu tadi. make sure mampat betul taw kalau tak tak jadi. KOT? entah. alaah mampatkan je lah.



Ingredients Part B

cream cheese 250g

fresh milk 80ml

1/2 gula

1 tablespoon gelatine + 40ml air panas

krim oreo yang dipisahkan tu

whipping cream 100ml




Gambar kat bawah ni cheese cream setelah di lenyek..hehe

dia memang tak keras macam butter. dia lembut je so senang lah nak lenyekkan cheese ni. make sure takde ketulan bila korang gaul gaul nanti ya.








lepas tu sambil sambil korang tengah lenyek lenyek kacau kacau

korang boleh masukkan 80ml dutch lady milk
and masukkan sekali
whipping cream tadi 100ml

just like the picture above. :)

sambil sambil kacau susu campur cream cheese tadi haa masukkan 1/2 cawan gula lepas tu

kacau lagi kacau lagi.




ambil 1 tablespoon gelatine campurkan dengan 40ml air panas.

tapi gelatine ni dia akan melekat taw so kacau betul betul and every bits of gelatine make sure masuk.

okay lepas dah kacau sebati sebati kan. masukkan krim yang korang korek dari oreo tu.

masukkan then kacau lagi. :)



lepas tu bila dah sebati, korang

hancurkan tiga keping oreo yang korang tinggalkan tadi untuk masukkan dalam part B ni. tinggalkan 4 keping lagi untuk bahagian topping dia. *refer gambar result dia nanti




so lepas dah sejam korang boleh keluarkan part A tadi dari peti ais and masukkan elok elok part B ni dalam bekas kek tu. just like the picture above. so jadi lah macam tu. haa lagi 4 keping oreos tu boleh lah letak kat atas dia.













Perasaan cuak di pagi hari gara2 SILLY MISTAKE by me!!!





As Salam n Hai bloggers...

Nak share sket kat budak2 yang baru belajar naik keta automatik n kat gigirl yang akan belajar naik kereta auto..jangan lah tiru macam saya ye..

hehe, nak tergelak pon ade bila teringat balik kisah ni...ok moh sy cite ye..kisah ni berlaku masa hari sabetu 10 diesember 2011..(fresh lg citer neh)..pagi tu dah janji ngan member i nak pi tgk wayang..ala citer Ombak Rindu yang adaptasi dari novel popular tuh..Harusla nak tgk kan..kan ke aku ni peminat novel no 2..hehe

Dah ready2 sume, tinggal nak masuk dalam keta kesayangan aka baby red je nih...tetibe nak start keta, tapi tak menyala...pastu ada simbol bateri kat screen dpan stereng tu kan...hati dah cuak ni plus dlm hati 'aku dah lambat nak beli tiket ombak rindu ni, kang sold out plak'...sempat lagi tingat pasal wayang di kala keta takleh nak start...so aku pon pi la bukak enjin depan tgk bateri keta ni...tgk masih ok lagi...kata i ni pon baru setahun jagung..pelik bin ajaib pulak nape tak leh nak start...

Then by the time i check2 enjin n manual keta, tetibe sip baik la ade abg i dtg..yela, tdo umah mak mertua die sebab wife baru deliver. so i tdo umah die sensorang...hoho creepy tau...ok2 sambung balik citer pasal keta ni, i pon mintak la tolong kat abg, suh tgk2 kan nape la tak nak start keta ni, enjin ok, bateri pon ok, alarm keta pon ok..tapi DOUBLE WHY nape keta tak nak start...

Then abg i pon ambik le kunci keta i, then masuk dlm keta tu...aku nampak die godek2 ape ntah, then tetibe je keta kesayangan aku bleh start..huhu, bukan main happy n lega aku...pastu aku tnye la kat abg, nape ek keta ni tadi?pastu selamba je die jawab.....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
'....YG KO LETAK GEAR KAT D NAPE?MEMANG LA TAKLEH START....'

hehe, so kesimpulannye kan, kalo nak matikan keta tu n parking, letak la kat gear P ye..hehe, jgn tiru cam aku neh..bahaya tol..silap2 gera boleh rosak tak ek?huhu, aku pon tak tau la camne aku bleh careless camtu..maybe sebab penat sgt kerja kot, sampai nak parking keta terkocoh2 sampai lupe nak letak kat gear P..

So, jadikanlah ni sebagai pengajaran n i akn ingat bende ni sampai bile2..its a lesson learnt tau....

^__^

Thursday, December 8, 2011

Info berguna untuk semua..

Sharing is Caring Guyssss......






1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang
Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda
boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari
'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR
dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudahmengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai
'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden , Pulau Pinang

Wednesday, December 7, 2011

Who's my Silent Reader frm Balik Pulau???


Jeng jeng...

Aku bz camne sekali pon sti akan blogwalking kat blog bloggers yang femes2..Ye la mana tau akan jadi cam dorang kan..bile femes, earning Nuffnang pon masyuk.. ye tak?

Cume bila aku tgk blog aku ni, check2 bhgian feedjit ni, sti akan ada readers frm Balik Pulau yang view my blog...haha, Almost everyday tau mesti ada...cam hari ni, 2 kali kot..haha

Hope bile aku buat post ni, silent reader tu jgn plak takut nak view blog ni lagi ye...hehe, nak bgtau, Tq sebab lawat blog yang tak berapa femes ni hari2 n kalau dah rajin sgt view blog ni, rajin2kan la jari tu klik kat iklan2 nuffnang i..At least dapat le menaikkan earning Nuffnang i...

Pic kat atas tu, sila lah klik untuk tumbesaran ye..

Daaa....



Federal Highway yang jamm teramat..ouchhhh!!

Hai readers...

Lamanya tak update belog ni..Biase la..sibok teramat lately ni..

La ni ngah boring n takdok koje la, tu yang blog ter hapdae..kalo tak jgn araple kan..

em, nak cite ni, ari tu pi la kursus Bank Islam untuk Branch Officer kat Bukit Damansara. Pi kursus tu 3 hari..Arghhh, sebab aku paling tak suke la pi kursus...setengah org kata pi kursus ni cam pegi honeymoon..sebab dapat makan free, balik awal, leh rileks daripada hectic kat branch...emmmmmmm ye ke????? Bagi aku la, pi kursus ni takde maknenye nak berhoneymoon sgt..sebab kita kursus tok menimba ilmu n nak kuatkan knowledge yang luas kat isu2 operation ni..so nanti bile keje, kita tau ape yang Do & Don't..N istilah makan free tu memang tak di nafikan sgt best..Pasai balik awal tu aku bangkang sket...Takde maknenye nak balik awal..Training abis kol 6pm, then kuar je dari Bangunan bank Islam tu terus menempuh jamm yang terokkk kat Sprint n Federal Highway..DAMNNNNN!!!!

Sprint Highway tu aku tak terasa sgt jamm die, yang PALING TERUK, FEDERAL HIGHWAY.....Last day balik training tu aku ade stuck dekat 2 jam..tu sebab aku kuar bangunan tu lewat 15 minit..Ni sebab kecik sgt kot jalan die,...ade tu frm 4 lane jadi 2 lane je..tu kot la kan penyebab federal highway ni jammmm

Govt takleh do something ke..besarkan sket ke jalan tuh..sebab federal ni tumpuan sume pengguna...at least bila jalan tu dah besar, taklah pengguna terpaksa tersangkut kat jamm tu..bengang la kan..tak pasal2 Maghrib aku tak lepas sebab jamm ni la...Rasanya intention aku nak join keje kat HQ memang NEVER la...tak sanggup nak tempuh jamm ni...lebih rela dok diam2 kat cawangan Putra heights tuhh..huhu, at least nak balik keje tak la stress sebab tersangkut kat highway..lagi satu jimat belanja, tak payah nak dok pk pasal toll n parking fee...

So pihak2 berkenaan, tolong la besarkan sket lane federal highway tuh..kesian kat pengguna tau..sape nak tanggung dosa2 org yang tersangkut tu sebab terlajak waktu solat ke...Hope ade la action pasni kan..

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...