Monday, October 22, 2012

Bukit Tinggi Pahang..

Hailoh hailoh..

im back..hehe, da lama tak menulis kat belog kesayangan ni since dah ade mr teddy kesayangan aka encik tunang..haha, maafkan tuan belog ni yeahh..ok skang nak update pasal ape yang aku buat masa 19 oktober 2012 aritu...

En tunang janji nak bawak jalan2, so i ingatkan die nak ajak pi tengok wayang ke, belanje makan eskrem stroberi ke (sebab aku suke mkn stroberi ^__^ )..Alih2 die ajak aku pi bukit tinggi Pahang..dalam fikirian bermonolog jap.. 'eh eh nak ajak pi Jusco kat Bukit Tinggi Klang ke,eleh takat situ baik takyah nwk jln2..hahaha, jahat aku..'..but ape yang aku fikirkan tu totally wrong la..die ajak aku pi Bukit Tinggi pahang...best berjalan2 ni..leh ilangkan sket tension kerja...

Jalan ke Bukit Tinggi tu agak pening sket la..abih pening2 lalat aku di buatnya, so minyak cap kapak mmg slalu ada kat tgn la..sket2 letak kat dahi, kat hidunggg..haha, ngalahkan org yang pregnen loyanya..mengada betol..hahaha

ok entri ke bukit tinggi tu RM12 per person..tu En Tunang belanja..yeay...next time i belanja pi Taman Pertanian je la ek..hehe..Uols bleh klik kat link bawah ni ek if nak tau pasal Bukit Tinggi Pahang tu..seriously uols akan rasa cam berada kat negara Perancis jap..hehe


Kat bawah ni gambar2 sekitar Bukit Tinggi tu..nampak cam i sorang je yang giler bergambar kan..En Tunang sy pemalu depan kamera..so die tak nak terlibat dlm ini gambar..hehehe
















O uols, ni je la ek utk kali ni..next2 time if g jenjalan lagi, i will update okeh..tunggu...

p/s-So en Tunang, our next jenjalan ke mana pulak ye??

Wednesday, October 17, 2012

Jimat Belanja Kahwin


Gambar sekadar hiasan



Perkawinan merupakan acara paling bermakna kerana sekali seumur hidup. Perancangan yang terbaik di perlukan agar majlis berjalan dengan lancar serta memenuhi impian bakal pengantin. Buat sahaja perkara yang mudah kerana islam sendiri memberikan kemudahan kepada umatnya. Mengapa perlu bersusah payah?

1- Perbandingan Harga

Sebelum melaksananmajlis perkahwinan, perlu rajin mencari di laman web atau pun pergi ke kedai2 barangan perkahwinan untuk membandingkan harga terkini. Perbezaan ketara boleh di lihat jika melibatkan jenama atau sumber barangan yang berlainan.

2- Elakkan Pinjaman Wang

Kemampuan adalah perkara utama untuk difikirkan. Islam tidak menggalakkanumatnya menyusahkan diri kerana sesuatu perkara hingga mendatangkan kemudaratan. Jangan sesekali membuat pinjaman di bank atau pun individu kerana akan menanggung hutang sebaik selesai majlis. Bukankah itu menyusahkan diri?

3- Masak sendiri

Kampung, pekan atau bandar mempunyai kadar bayaran yang berbeza dari segi penyediaan makanan siap. Jika tidak mampu, berbincang sengan keluarga untuk menjemput orang sekeliling dan saudara mara bergotong royong masak hidangan makanan bersama. Ia lebih baik kerana mampu mengeratkan hubungan sesama umat islam. Bajet juga tidak terlalu banyak untuk membeli bahan mentah. Pembaziran juga dapat di elakkan.

4- ikut Adat

Adat melayu kadang2 perlu diikut. Mana yg baik diamalkan, manakala yang buruk ditolak tepi. Jgn terlalu mengikut nafsu yg inginkan majlis gilang gemilang tanpa memikirkan perasaan orang lain. Jangan sesekali mengikut adat agama lain dlm perkahwinan kita kerana ia sudah bercanggah dlm agama suci kita.

5- Islam yang terbaik

Ikutlah landasan yg sebenar apabila ingin mendirikan masjid. Elakkan apa yang di larang kerana apa yg penting ialah akad nikahnya. Kita dilarang sama sekali memasukkan unsur tarian atau apa sahaja perkara yang tidak mengikut adab dlm islam.

6- Tajaan

Jika kita menerima tajaan itu adalah senaiknya tetapi jgn sampai meminta2 kpd org lain. Maruah diri, keluarga juga perlu dijaga. Tajaan ikhlas dari rakan2, ahli keluarga atau pun syarikat boleh digunakan kerana faktor penjimatan. Terima tajaan yg sebaiknya agar perkahwinan kita diredhai Allah.



p/s- Tepuk dada tanyalah selera k..



Bride to be...
Harap semuanya berjalan lancar..bersederhana itu menjadi tuntuan dlm Islam..InsyaAllah..









Saturday, October 13, 2012

Mac 2013

Holaaaa..

i'm back..hehe..Ada ape ngan mac 2013 ek....hehe, my big day la...dalam hati ni dup dap dup dap nak hadapi neh..pejam celik pejam tinggal 5 bulan je lagi..oo whattt..rasa macam tak sedia ape2 lagi..barang hantaran tak carik lagi, photographer, goodies, bunga pahar, n macam2 lagi la...cume yang lega sket da pi carik pakej pelamin + bju sanding tu dah la...yang tambah2 nebes bila dpt tau yang kuarga encik tunang da siap buat bunga telur sket2, beli brg2 goodies...aku rasa cam ketinggalan jauh je ni...waaaaaaa....hehe, tapi sedapkan je dlm hati ni...think positive sebab aku ni leh tahan bab2 buat keje last minit..hahaha

Pening jugak bila pk persediaan kahwin ni, tapi sip baik ade encik tunang yang tolong bantu pk..hehehe..skang da dpt la sket ape goodies yang aku nak bg kat tetamu...servey2 harga kat GM...kalau bleh mmg nak dpt harga yang PAAAALINGGGGGGGG murahhhhhsssss...haha..hope di permudahkan la...so bulan 11 n 12 nanti akan jadi bulan yang sgt sibok...sebab start beli sket2 la brg hantaran n brg persiapan kawin lain...ye la hujung tahun kan..sti la ade salessss..yahoooo....!!

Ok..tang jemputan tok tetamu lak, aku nak akak aku uruskan ngan abah la...hehe, ikotkan abah nak jemput 4 kampung dtg masa majlis i..hehe, pengsannnnn!!! 4 kampung tu..hahahahaha, aduyai tepuk dahi....ye la, excited la kot nak dpt menantu baru sebab last abah aku dpt menantu masa time abg aku kahwin taun 2007..so ni nak ajak tetamu ramai la kan..hehe, budget kene la BANYAKKKK jugak if da 4 kampung tuh..hehehe, hopefully akak aku berjaya slow talk ngan abah nak kurangkan jemputan...siap merajuk2 ni..tp so far dah ok la...

So bile sume bende2 kat atas tu dah setel tinggal persiapkan fizikal n mental tok kawin je la..haha, kepuk2 kepang2...haha, mode gatal is activated...tak gitu...?hehe

Harap semuanya di permudahkannnnn....Aminnnn

Tuesday, October 9, 2012

Serba Tak kena..




Assalamualaikum...

Tajuk entri kali seperti di atas la ye...sepanjang dua hari ni semua serba tak kena...buat keje cuai sana sini, tak tau la kenapa boleh jadi camtu..kepala tengah tin tong kot sebab kat kepala ni banyak sgt bende nak pk..haha, sume kat opis dok usik, kepala ting tong sebab nak kawin..Mungkin pas kawin bende2 cuai camni takkan berlaku kot..haha, so en tunang..jom kita kawin...haha, sti masa en tunang baca entri ni sti melonjak kegembiraan cam ala2 Nora danish..Yeayyyy!! melompat sampai kaki ke udara..haha


Seriously hati skang sgt tak tenang sebab menunggu kedatangan audit yang akan datang bila2 masa je..lagi die nak dtg lagi aku kerap buat silly mistake..hate it...just minta semua di jauhi la pasni dari ape2 bende yg leh membawa kepada audit finding..ye la, bila cwngan byk dpt udit finding so sume2 tu akan effect branch..then akan effect pada KPI branch then seterusnya effect pada bonus...waaaaa...tanak2...sy nak bonus 5 bulan...huhu, so Azura please la..pasni tolong la jgn dok berangan ke, kepala ting tong ke, pasni kene fokus bile buat kerja okeh..

En tunang yang tgh baca entri ni kene nasihat sket kat cik Azura ni, buat keje elok2, fokus, elakkan buat bende yang cam silly mistakes..


peace..



share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...