Sunday, January 30, 2011
Taman Tema Times Square..
Tuesday, January 25, 2011
Kanser Payudara!!
Bila tgk cerita yang berkaitan dengan penyakit kanser membuat hati saya teringat akan arwah Mak..Meninggal sebab kanser payudara..Bahayanya kanser hingga meragut nyawa insan yang paling saya sayang..Dan saya bangga menjadi anaknya kerana arwah mak sgt tabah menghadapi kehidupan walaupun die tau yang kanser amat sukar di ubati dan akhirnya arwah mak pergi meninggalkan kami...
Nak share ngan semua wanita akan Kanser payudara..Semoga info ini boleh di jadikan panduan kepada kita semua..Prevent is better than a cure..Amalkan gaya hidup n pemakanan yang sihat.
Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
dalam tisu-tisu payudara.
Ada dua bentuk:
1. Invasif - sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya.
2. Tidak Invasif - sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan (tumor jenis barah)yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.
Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Cara Merebak
•Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada. (It happen in second..Just like my late mother)
• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
• Diianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm, ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.
Faktor - faktor
Risiko Tinggi
• 30 tahun ke atas
• Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak atau adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
• Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif.
• Wanita yang berasal dari Amerika Utara atau Eropah Utara.
Risiko Sederhana
• Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser.
• Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
•Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen kerana terdedah kepada aras estrogen yang tinggi.
•Pengambilan alkohol.
Tanda-tanda
•Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.
•Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak
•Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.
•Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.
Fakta Kanser Payudara
•1:5 wanita di Malaysia berisiko Kanser Payudara
•45,000 wanita di Malaysia menghidap Kanser Payudara
•Kanser Payudara terjadi tidak semestinya diakibatkan oleh keturunan di mana 85% penghidap Kanser Payudara tidak mempunyai rekod Kanser Payudara di kalangan ahli keluarganya!
•Kebiasaannya Kanser Payudara lebih kerap dalam kalangan wanita China diikuti India dan Melayu
Friday, January 14, 2011
Ulam yang sesuai semasa dalam BERPANTANG
Beberapa hari lalu saya ade menggodek email dari rakan dan terbaca senarai ulam-ulaman yang berkhasiat dan sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin dan masih didalam pantang. Walaupun saya masih belum pernah bersalin tapi nak jugak kongsikan kat sini untuk tatapan semua..
Cekur – pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong
Pucuk Pegaga – selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awet muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit. Pegaga juga sebenarnya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi kanak-kanak. Hhmm… maknanya lepas ni kita kenalah galakkan anak-anak kita makan pegaga supaya otak mereka bertambah cerdas. Harga pegaga pun murah saja . Bagi mereka yang tinggal dikampung, boleh tanam sendiri kat tepi rumah
Pucuk mengkudu – membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut
Ulam raja – membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah
Jadi, bagi mereka yang masih didalam pantang selepas bersalin, anda boleh cuba mengambil ulam-ulaman diatas sebagai salah satu menu anda. Bukan sahaja berkhasiat, harganya juga murah.
Friday, January 7, 2011
GREAT HOUSEHOLD TIPS..
Ants Problem : Ants hate cucumbers. Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
To get pure and clean ice : Boil water first before freezing.
To make the mirror shine : Clean with spirit
To remove chewing gum from clothes : Keep the cloth in the freezer for an hour
To whiten white clothes : Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 mi
To give a shine to hair : Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair
To get maximum juice out of lemons : Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them
10 Sebab Di Larang Bercinta dengab SUAMI Orang..
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.
Thursday, January 6, 2011
Mereka Kata..
http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-2011-mereka-kata.html
Salam perkenalan buat rakan blogger yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa hebat ni..Ni dah masuk kali ke 3 join segmen dari abg ben..yela..blog abg ben ni byk menolong mem 'promote blogger2 baru cam aku ni..
So, hope dengan cara ni boleh dapat ramai kawan blogger..sambil2 tu bleh tukar2 idea, share experience pasal life or tempat keje ke..mane la tau kan..
ok that's all la..
Terima kasih sekali lagi sebab sudi singgah ok..:-)
Tuesday, January 4, 2011
Hari2 yang sgt Memenatkan...
- Akan ada byk meeting
- Relief member sebab maternity leave
- Bebanan kerja yang byk (keje aku pon dah berlambak, ni lagi nak ambik keje member yang maternity leave tu, adoi pengsan terus!!)
- Daily Customer yang semakin ramai
- Tekanan nak jual produk baru (Mobile Banking)
Emmm..Nah ko..padan la muka, dulu nak sangat resign kat tempat lama..nak sangat merasa keje kat cawangan..ha rasakan tekanannya..hehehe..aku tulis ni bukan la sebab menyesal keje kat cawangan ni..ye la, sume tu kan cabaran..dulu masa interview poyo je ayat bgtau
- i'm willing to take challenges
- willing to learn new things
- can easily handle stress
Tapi bila dah merasa keje kat cawangan ni, cam dah tak boleh jek handle stress..Sekarang maybe ok lagi..Tapi aku tak tau akan datang ni ngan member yang nak bercuti lama..Takut aku terus jatuh pengsan je nanti..same cam gambar kat atas tu..
Aku bersyukur la jugak, nasib baik Interviewer tu tempatkan aku kat cawangan Putra Heights ni..Dulu masa opening pelanggan mmg tak ramai..dalam 60 orang ke bawah je sehari..Tapi Alhamdulillah, sekarang pelanggan pon dah ramai, dah hit >150 org..Boleh di katakan jumlah yang ramai bagi cawangan Putra Heights ni..cuma yang aku pening sekarang ni, macam mane la nak jual produk baru ni..TAP Mobile banking..
Ape itu TAP Mobile banking????
Benda alah tu produk baru bank islam..kiranya, die cam bagi sim card letak kat phone kita..dengan adenye bende tu, kita leh buat:-
- Balance inquiry
- Topup Prepaid
- Bill Payment
- Transfer
Sume tu bleh buat through phone je..Agak menarik bukan?Tapi tu lah masalahnya..produk menarik pun susah nak dapat sambutan..Ni la reason yang selalu i terima dari bakal pelanggan:-
- Charges yang mahal sebab kene rm8 setahun (mahal mende, murah je ni)
- Model phone bakal pelanggan tak boleh nak baca sim
- Pelanggan kurang berminat sebab diorang kata baik guna internet banking je..
- Alah, dah ade kad ATM, tak payahla nak gune Mobile Banking ni..
- Nanti balik umah pk dulu
Hahaha, actualy byk lagi reason, tapi malam ni taktau nape, otak aku ngah jem..byk sgt bende nak pk..hahaha, poyo..ni pon skang ngah pk pasal keje utk esok..dah ade list utk keje esk ni..wahaha, aku mmg pekerja berhemah..ikot nasihat boss le ni..die suh wat list..so mmg bagus la cara die.Dengan cara ni i bleh listkan mane keje yang penting n yang wajib i dhulukan...Thanx to boss..
Hopefully cawangan i ni di permudahkan la segala urusan, contoh nya, pelanggan tak byk karenah, ramai ambik produk mobile banking n vise versa...Untuk kebaikan cawangan jugak..
So, chaiyokkkk mazura & Putra heights team!!!
Sunday, January 2, 2011
Hidangan pencuci Mulut - Trifle
So pas je tgk wayang tu aku n member g jalan2 cari makan kat jusco tu, beli macam2, cadar baru, blanket baru, kek....n tetibe teringat nak buat pencuci mulut paling sedap iaitu trifle..aku dapat resepi ni pon dari sorang staff tempat keje aku..zainul hisyam..die ni mmg lelaki, tapi bab masak memang la teror yang amat..aku memang kagum la kat kebolehan die ni..
So now saje nak share ngan u all resepi trifle ni..sedap die sampai menjilat sudu n cawan/mangkuk..haha
BAHAN-BAHAN :
1 swiss roll perisa vanilla
1 tin buahan campuran/fruit coctail
1 tin buah peach
1 tin buah strawbery
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )
RESEPI UNTUK CASTARD :
1 tin susu sejat
1/2 tin air buah-buah dalam tin
3 sudu besar tepung kastard
CARA MEMASAK CASTARD
1. Panaskan susu cair dengan api sederhana
2. Masukkan castard yang telah dibancuh dengan secawan air
3. Masukkan air buahan dalam tin
4. Masukkan jugak setitik esen vanilla
5. Kacau perlahan-lahan sehingga 10-15minit dan tutup api
* Apabila dah suam sedikit baru dituang ke atas lapisan agar-agar jeli.
* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .
*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard
CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :
1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek.Basahkan kek swill roll dengan air buah dalam tin.
2.Ambil separuh buah dalam tin dan tuangkan ke atas kek swill roll sehingga rata.
3. Bancuh jelly crsytal di atas api mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan ke atas lapisan swill roll yang telah ditutupi dengan buahan dalam tin tadi.
4. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan agar-agar jeli tadi dan biar sampai sos castard sejuk .
5. Habiskan kesemua buah dalam tin dan susunlah diatas sos castard tadi dan boleh dihiaskan dengan potongan buah strawbery dan peach didalam tin
Lapisan Triffle
- Paling bawah adalah kek swill roll yang telah dilapisi dengan buahan dalam tin.
- Lapisan ke dua di lapis dengan agar-agar jeli mengikut perasa kegemeran masing-masing.
- Lapisan atas sekali, adalah lapisan sos kastard dengan taburan buah peach dan jugak strawberry..
Dan hasilnya adalah seperti berikut-: