Assalamualaikum..
bertemu lagi dalam entri seterusnya..hehe, nape skang nak rajin2kan update belog??sebab aku skang tengah kebosanan yang teramat sgt neh..biase la org bujang, takde partner, so malam2 belek le laptop, online je la..da kawin kang lain lak ceritanya..huhu...tak sabau!!! haha
Actually aku ni baru je recover from chicken pox...hai..umur 27 baru nak kene penyakit ni..haishhhh..memang terrible betol la...ye la..sebab chicken pox ni aku terpaksa ambik MC sampai 2 minggu..kira cuti raya hari tu, aku sambung lagi cuti MC..bahagia dalam kesakitan..memang seminggu tu demam kuat, then another seminggu nak tunggu kudis2 die betol2 kering...sekarang ni dah masuk 3 minggu aku kene chicken pox..badan ni masih gatal2 lagi..em sebab langgar pantang kot..aku bantai makan ayam segal..haha...tak mendengar nasihat...
kat sini aku nak share sket pasal petua2 untuk hilangkan parut cacar air...
petua menghilangkan parut campak:
1. pada tanda yg berlubang, sapukan bahagian dalam kulit pisang. Lendir pd kulit pisang dipercayai boleh menyembuhkan parut tersebut. Amalkan setiap hari. Manakala pd tanda hitam, kisar kacang hijau sehingga menjadi debu dan sapu pd bhg tersebut seperti bedak
2. Parut sebiji jagung muda sehingga lumat dan sapukan pada bekas campak. amalkan selama beberapa hari
3. Menggunakan tomato. Caranya selain dimakan, bagus juga digosokkan isi tomato tu pada muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci.
4. menggunakan lotion atau gel yg mengandungi vitamin e atau produk menghilangkan parut yg ada dijual di farmasi. recommended brand: bio oil, gel vitamin E jenama organic aid, krim Mederma. utk disapu pd bahagian parut
5. Makan vitamin E. boleh didapati di farmasi atau klinik. Pengambilan vitamin E ini hendaklah rujuk kpd tuan doctor terlebih dahulu.
6. tumbuk kulit kayut manis sampai hancur seperti serbuk...lepas tu bancuh ngan air biasa...jgn terlalu cair...kemudian sapu kat tmpt yg parut tu...amalkan selalu
7. Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
8. lumur asam jawa pada parut tu... biar sampai kering... memang pedih sikit... dah kering baru bilas...
9. ambil serbuk teh yg telah digunakan dan tenyeh pada parut.
10. yg paling PENTING, elakkan drp mkn KICAP
Emmm, dah la aku paling obses dengan kicap..sedap wooo...skang kene pantang dulu, tunggu parut2 semua hilang baru bleh makan...dalam byk2 petua kat atas tu, aku pilih yang tomato..sebab die cam best sket..sebelum ni aku ade buat entri pasal tomato...uols bleh klik kat sini ye..SCRUB TOMATO
Pic kat atas tu muka saya lepas 2 minggu kene cacar air..hihi..bulan ade la sket2 kat muka..tapi tak nampak sgt kan?thanx to tomato sy n ubat2 sapu sy..huhu
0 comments:
Post a Comment