Friday, July 30, 2010

Petua Kurangkan Lapar dan Dahaga..



PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA...
(Sangat sesuai di amalkan pada bulan Ramadhan)

Bulan Ramadhan bakal tiba, so mesti semua orang ternanti2 bulan yang MULIA ini...mana taknya, di samping dapat perbanyakkan ibadah cth, tarawikh, baca quran..di samping itu, dengan berpuasa dapat menurukan berat badan saya yang semakin gemuk ini.. Kiranya, nafsu makan saya yang kuat ini dapat di kawal dengan berpuasa...

Tapi saya ada satu masalah..perut saya sangat cepat lapar..Pantang tengahari saja, perut sudah berdendang lagu dangdut Amelina feat Iwan..So nasib baik saya ada terima satu emel daripada kawan pasal petua untuk mengurangkan rasa lapar n dahaga semasa berpuasa...N saya rasa petua ini akan saya guna pakai semasa bulan puasa nanti...

Habislah kedai kurma..akan saya serbu untuk beli stok kurma saya pada bulan puasa nanti..yeayyy...


Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dalam sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.



0 comments:

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...