Panduan menjana pendapatan sampingan dengan Nuffnang ini adalah percuma
bertujuan untuk membantu rakan-rakan internet memulakan pendapatan pertama mereka dengan cara yang mudah dan tanpa modal.
Pengenalan Kepada Nuffnang
Program buat duit Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia, Nuffnang buat masa ini (ketika ebook ini di tulis) hanya membuka penyertaan dari Malaysia dan Singapura sahaja.
Mereka yang menyertai Nuffnang sebagai publisher akan mendapat pendapatan melalui klik pada iklan yang diletakkan di dalam blog masing-masing. Jika klik anda tinggi, pendapatan anda bertambah, jika klik pada iklan kurang, pendapatan anda kurang. So, dengan ringkasnya kita boleh katakan, blog yang mempunyai pengunjung yang ramai akan menjana lebih pendapatan, manakala blog yang kurang pengunjung, pendapatan dari nuffnang juga kurang.
Bukti Nuffnang Bukan Program Menipu Dan Scam
Ini adalah contoh earning dari salah seorang blogger iaitu Blalang. Blalang merupakan salah seorang forumer di forum www.jombincang.com/forum . Dia dah lama join Nuffnang, patut la income dah banyak..hehe.
Noorizam Shah baru mendapat check terbaru Nuffnang…dia cerita kat forum jombincang
jugak.Noorizam jugak salah sorang yg gempak dalam menjana duit melalui Nuffnang.
Ok, saya rasa itu sahaja bukti yang pendapatan dari Nuffnang yang perlu di masukkan
untuk meyakinkan anda. Banyak lagi mereka-mereka yang mendapat income dari
Nuffnang, tak perlulah saya masukkan semuanya.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bagaimana Cara Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang
Mendaftar di Nuffnang
Ok, untuk mendaftar di Nuffnang, sila bukak address ini : www.nuffnang.com.my dan anda akan di bawa ke page seperti di bawah.
Program di Nuffnang terbahagi kepada dua iaitu blogger dan advertiser. Blog bermaksud publisher iaitu orang yang mempromosikan iklan Nuffnang. Publisher lebih tepat lagi adalah blogger yang ingin menjana pendapatan dengan Nuffang dengan meletakkan iklan Nuffnang di blog mereka. Mereka mendapat wang hasil dari klik iklan oleh pelawat. Advertiser pula adalah pengiklan yang mengiklan di Nuffnang. Mereka membayar Nuffnang untuk pengiklanan iklan mereka dan Nuffnang pula berkongsi profit dengan publisher (blogger). Sama saja konsepnya dengan Google Adsense dan sebagainya. Ok, untuk menjadi publisher dan meletakkan iklan Nuffnang di blog anda, klik Sign up as
blogger
Kemudian, anda akan di bawa ke page baru. Isikan dengan lengkap borang pendaftaran terutamanya yang bertanda * . Payee Name mesti betul seperti nama di dalam IC anda dan alamat surat menyurat juga penting supaya check anda nanti sampai kepada anda.
Kemudian, scrool ke bawah dan tick semua kotak untuk aggreement. Masukkan
nombor pengesahan dan klik Sign me Up seperti gambar di bawah.
Kemudiannya, buka email yang anda digunakan untuk pendaftaran tersebut dan anda akan dapat satu email pengesahan daripada Nuffnang seperti di bawah. Klik link yang di berikan untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda.
Tahniah !!!, anda dah berjaya memiliki akaun Nuffnang dan sudah boleh menjana pendapatan dengan Nuffnang.
Akan bersambung lagi dalam entry seterusnya...nantikan...
0 comments:
Post a Comment