Tuesday, June 7, 2011

Ketulan di Payudara...

Tetiba tergerak nak buat entri pasal ni..maklumat penting untuk di share bersama..Ni i baru balik jumpa doktor pakar..sebab breast i sebelah kiri membengkak n merah...Pegi KPJ Speacialist then dorang buat Ultra Sound kat breast i.....

The result 'Multiple well-defined oval hypoechoic lesions seen scattered in both breasts, suggestive of cyst...

So ape sebenarnya cyst aka kista tu????sila rujuk di bawah ye..



'...Ramai yang tidak tahu apa itu kista payudara walaupun hampir semua wanita mempunyainya. Ramai juga wanita yang telah didiagnosis oleh doktor dengan kista payudara menjadi takut kerana yang terbayang di fikiran mereka adalah kanser payudara. Ramai juga yang tidak ambil peduli kerana tidak timbulnya apa-apa tanda kelainan pada payudara mereka.

Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.

Seorang wanita boleh mempunyai hanya satu kista di payudaranya ataupun lebih dari satu. Kista ini boleh muncul hanya pada 1 payudara atau kedua-duanya. Kista selalunya adalah berbentuk bulat ataupun lonjong dengan pinggir yang jelas. Jika berlokasi di permukaan, kista ini akan teraba sebgai suatu massa lunak seperti anggur atu belon berisi air. Di lokasi yang lebih dalam kista teraba sebagai suatu massa yang keras. Namun begitu, ada juga kista yang tidak teraba dan hanya terdeteksi pada saat pemeriksaan payudara rutin di klinik dengan menggunakan mammogram ataupun ultrasound. Kista ini juga boleh berulang kembali setelah menghilang.

Apakah penyebab munculnya kista di payudara? Setiap payudara wanita mempunyai 15 ke 20 lobus jaringan kelenjar yang tersusun macam kelopak bunga daisy. Lobus-lobus ini terbahagi lagi kepada lobulus-lobulus yang lebih kecil yang menghasilkan susu semasa kehamilan dan penyusuan anak. Lobus-lobus tu kira macam kilang buat susu la. Susu dari kelenjar-kelejar ini keluar melalui duktus-duktus kecil ke tempat penampungan di bawah puting susu. Duktus pulak macam paip yang salurkan air. Jaringan ikat yang menyokong jaringan ini kita panggil stroma. Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan. Dilatasi maksudnya jadi kembung la. Ada juga pendapat yang mengatakan perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dan kelenjar payudara. Selain daripada itu, diet yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.

Semua penyebab yang kita sebut di atas tadi boleh menghasilkan 2 jenis kista iaitu mikrokista yang sukar teraba tetapi dapat dilihat pada mammogram ataupun ultrasound dan juga makrokista yang boleh mencapai ukuran 1-2 inci sehingga dengan mudah teraba. Kista yang kecil tidak menimbulkan keluhan pada pesakit tetapi kista yang besar boleh menimbulkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara? Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas. Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut. Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.

Apa saja pemeriksaan yang dilakukan? Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda dan menanyakan beberapa soalan seperti bila pertama kali anda menyadari kemunculan massa tersebut, adakah ukurannya berubah, ada sakit pada tempat lain tak, ada keluar cairan dari puting tak, dan macam mana siklus menstruasi anda memberi kesan pada massa tersebut. Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid. Jika massa tersebut ternyata berisi cairan maka benarlah ia merupakan suatu kista. Namun jika massa tersebut adalah solid, maka pemeriksaan biopsy harus dilakukan untuk menentukan massa tersebut jinak ataupun ganas. Kalau ganas bererti massa tersebut adalah suatu kanser tetapi kalau jinak ianya bukan suatu kanser. Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.

Apa saja perawatan dan pengobatan yang diberikan kepada pesakit? Kista payudara tidak memerlukan apa-apa perawatan kecuali kista tersebut menimbulkan keluhan rasa sakit dan ketidakselesaan. Biasanya kista payudara yang sederhana akan hilang dengan sendirinya tanpa pengobatan. Pesakit hanya perlu mendatangi doktor untuk dilakukan follow up bagi mematau pertumbuhan kistanya. Namun pesakit yang mengalami keluhan akan dilakukan aspirasi jarum halus untuk mengeluarkan cairan sehingga kista tersebut hilang. Penggunaan obat kantasepsi oral dan penghentian terapi hormone dapat mengurangkan risiko berulangnya kista. Operasi payudara hanya dilakukan pada keadaan tertentu.

Apa saja perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan? Pertama, anda boleh menggunakan bra yang menyokong payudara anda untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Kedua, anda juga boleh menurunkan risiko kista payudara dengan menghentikan pengambilan kafein. Ketiga, risisko ini juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan diet rendah garam dan lemak kerana keduanya bersifat menarik cairan.

Apa saja obat alternatif yang boleh anda gunakan? Dikatakan bahawa evening primrose oil yang mengandungi asid linoleic dikombinasikan bersama vitamin E dapat mengurangkan rasa sakit pada payudara yang berulang. Ini adalah kerana wanita yang kekurangan asid linoleic lebih mudah mengalami fluktuasi dalam siklus menstruasinya.

Kesimpulannya, kista payudara bukanlah suatu kondisi yang perlu ditakutkan oleh para wanita kerana ia tidak meningkatkan risiko untuk terjadinya kanser payudara. Kista payudara dialami oleh ramai wanita dan kebanyakan dari mereka tidak menyadarinya. Yang paling penting adalah, selalulah melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan jika anda mendapatkan apa-apa kelainan segeralah bertemu dengan doktor anda untuk konsultasi. Pemeriksaan mammogram dan ultrasound tahunan harus juga dilakukan bukan untuk menakutkan masyarakat tetapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana mencegah itu lebih baik dari mengobati. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca....'




Nak snap gambar ubat yang doktor bagi ni takde bwk kamera plak..tapi doktor bagi ubat sapu n antibiotik ni,,,Pas 5 hari kena jumpe die balik untuk tgk perubahan..hopefulyy pas makan ubat ketullan ni mengecil..sebab isau la plak...to all women..kita ni adalah insan yang terdedah ngan pelbagai penyakit yang merbahaya..paling bahaya adalah kanser Payudara..so, if sesapa yang ade merasa keganjilan kat breast tu, cepat2 la buat check up n jumpa doktor pakar..tak payah nak malu2..ok..

entri sy tamat di sini...^__^



35 comments:

salsabila said...

hi zura....

sy salsabila...last month, bulan 5...sy pn br lepas pg check kt specialist about my breast yg ade ketulan...belah kiri...sy punyelah takut....cuak sgt rase...doc bt surat reference n sy pg buat check up dekat NCI, nilai cancer institute...doctor pn buat ultrasond...tuhan jer yg tau perasaan sy mase tu mcm mane....doc kt, ketulan tu ketulan biase...nnt sy tulis balik result dlm surat yg doc bg pd sy...ketulan di breast sy tu rase sakit..sy tkt sgt klu benda tu sbnrnya adelah tanda2 kanser...awk rase, boleh percaya x dgn result ultrasound yg doc bg tu?????????

sindarella ezora said...

dear salsabila..

tak payah risau ok..sebab doktor yang check u kan speacialist..n diorang mmg pakar dlm bidang sakit puan ni...ape yang u kena buat is to do regular check up with ur doctor..

salsabila said...

dear zura....

hmmm...sy risau sbb ade org kt kene bt biopsi, br kt boleh sure ape sbnrnya ketulan tu....

bulan 11 ni sy ade appointment lg dgn NCI....lps ni sy mmg kene bt regular check up tk hospital tu...

sindarella ezora said...

eh, buat ultra sound pon dah boleh tau ketulan tu cancer or cyst..ok bagus la buat regular check up..kita ni mmg terdedah ngan penyakit ni..tak bleh elak..pasni kene jaga makan la...

k salsabila, be positive, insyaAllah takde pape..i pon bulan 9 ni appt ngan doktor lagi..so far ok..

Anonymous said...

sy hrp awk online. sy ada ketulan yg mcm awk mention kat blog awk ni. esok sy jmpa dktr pakar. sy takut sngt kalu2 ketulan ni mrbhya n kne buat biopsi or suntkn.

salsabila said...

anonymous: mcm mane hasil pemeriksaan pakar? sy punya breast masih rase sakit lg....kdg2 bile pk balik, rase takutlah jugak....

Anonymous said...

erm, saya baru umur 20, tapi kan, baru2 ni saya rasa ada ketulan kat payu dara belah kiri, saya takut. saya rasa macam sakit sangat kat ketulan tu, macam bengkak je,

Anonymous said...

emm zura, sy nak tanya tentang ketulan di payudara sbb sy pun ada ketulan di payudara sebelah kiri sy then sejak beberapa hari yang lalu muncul 1 lagi ketulan pada payudara yang sama.. tetapi ketulan ni tak la sakit kalau di tekan. lagi tu sy rasa payudara sebelah kiri sy lebih besar dari sebelh kanan, adakah itu normal?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sya ada ketulan pd payudara sebelah kiri. bru2 ini ada buat mamogram n ultrasound pas tu dr suruh refer kehospital. Ketulan tu betul2 terletak diblkg aerola. saya takut nak kehospital krn dr kata ujian biopsi akan dibuat n agak menyakitkan. Minta share dgn sesiapa yg pernah buat biopsi. Skrg saya asyik termenung saya memikirkannya dan amat risau sekali..

Anonymous said...

sy pun ada ketulan pd payudara sebelah kiri. Tekan memang tak sakit. Ia terletak betul2 di blkg aerola. Bru2 ni saya ada buat ujian mamogram n ultrasound. Pas tu dr suruh refer kehospital. Sya amat takut jika dibuat ujian biopsi. Sy pernah tanya dr, dr kata ujian tersebut agak sakit. Buat masa ni saya blm kehospital lg. Pd sesiapa yg pernah buat biopsi minta share pengalaman..

Anonymous said...

Salam.. Sy pun mgalami Mslh pd breast,lebihndr teruk adalah rasa sakit mencucuk yg on off.. Dulu sy merasa Ada ketulan yg leper tpi ketulan tu dh Hilary,Cuba rs sakit yg kdg buat sy rs x Selesa...sy blm pg buat check up Dgn doktor Pakar lagi.....sy risau jgk...Kalu buat check d klinik biase bole ke ultrasound tu,sy under 35yr.. Sapa yg tahu bole share

Anonymous said...

salam.. sy pn pny masalah yg sama tp yang lagi merisaukan saya,puting saya pn sama mengeluarkan cecair sebab di ketiak saya tumbuh banyak bisul2 kecil.. cek mamogram tu lebih kurang berapa RM ye ?

mizahtahir said...

Salam.

saya pun mengalami masalah yang sama.
Tahun 2008, saya dapat kesan ada ketulan di payu dara. Kemudian, saya buat pemeriksaan di Hospital seremban, kena buat ultrasound,biopsy. Alhamdulillah, its not a cancer! Just imagine masa tu saya tingkatan 4. Kena ulang alik hospital. Then, Dr. advice sama ada saya nak buang lump tersebut / biarkan. If biarkan, Dr. takut lump tu akan berubah kpd canser. So, my parents minta Dr. operate & buang that lump. After operation, kadang2 ada rasa sengal2, & there are another lump around my breast. ALhamdulillah, sekarang masih sihat. In future? Doakan saya :)

Anonymous said...

Salam..skrg ni sy krap rase denyut2 pd payudara sy.tp xde ketulan..kdg2 rse mcm mencucuk..ade sape2 pernah alami x?

Diari Ratu Perindu said...

sy pon ad rase skit mncucuk pde pyudre sy and ktulan dipyudre kiri, dekat dg sternum.. sy risau.

Diari Ratu Perindu said...

sy pon ad rase skit mncucuk pde pyudre sy and ktulan dipyudre kiri, dekat dg sternum.. sy risau.

Anonymous said...

Saya sedang menunggu rumusan report mamogram dan ultrasound di kpj ampang puteri ni. Tadi masa buat mamogram dah sah ada 4 cyst cecair di sebelah kanan dan 2 di sebelah kiri. 1 drpnya cyst yg bukan cecair. . .sgt berdebar dgn apa yg akan diperkatakan oleh doc nanti tp membaca komen drp rakan2 di sini membuatkan hati saya lega sedikit. Harap akan dpt berita yg baik je nanti. Doakan yer. .

Unknown said...

salam zura...leh cye tahu bpe ye kos untuk check up shja...coz cye rase ade ketulan lh di breast sebelah kanan...

Anonymous said...

We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your site offered us with useful info to work on. You have performed a formidable activity and our entire neighborhood can be grateful to you.

My blog :: avoir plus de vues sur youtube

Anonymous said...

Whats up are using Wordpress for your blog platform? I'm new to the blog world but I'm trying to get started and create my own.
Do you require any coding expertise to make your own blog?
Any help would be really appreciated!

Feel free to visit my webpage ... plus de followers
my page - plus de followers

Anonymous said...

You actually make it seem so easy with your presentation but I find this
matter to be actually something that I think I would never understand.
It seems too complicated and extremely broad for me. I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

Also visit my web blog :: acheter retweet

Noridah Abd Rahman said...

masa biopsy, doktor akan bius dulu kawasan yang nak di buat biopsy. Jangan takut. Disebabkan ketulan saya amat ketara pada belah kanan breast, ia lebih mudah bila nak buat prosedur biopsy berbanding belah kiri breast saya kena buat prosedur stereotactic biopsy ( biopsy yg dibuat dgn bantuan mesin mammogram)

Anonymous said...

Hey! Would you mind іf Ӏ share your blog with my mysраce grοup?
There's a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Many thanks

Check out my web-site :: 888 Poker Offer

Anonymous said...

I wаѕ recοmmendеd thіs blog by my cousіn.
I am not sure whether this post is written by him aѕ no one else know such
ԁеtailed about my trouble. Υоu're wonderful! Thanks!

Also visit my site; rpmpoker Bonus

Anonymous said...

I love your blοg.. verу nice colors & themе.
Did yοu make this webѕite yourself or diԁ yοu hire ѕomeone to do іt fοr yоu?

Plz rеply as I'm looking to design my own blog and would like to find out where u got this from. cheers

Feel free to visit my weblog - Click Us

Anonymous said...

Ιf уou wοuld like tо get а gгeаt ԁeal
from this piеce οf ωrіting then yοu
have to apρlу these tесhniques to youг won webpage.


My ωеb blog ... AmericasCardRoom Promotions

Anonymous said...

Аn impressive ѕhare! I have just forwаrԁеd
this ontο a сo-worker whο had bеen doing a littlе homework on thiѕ.
And hе actually οrdеred me lunсh bесаuse I disсovered it for
him... lol. Sо lеt me reωord this.

... Тhanks for the meаl!! But yeah, thanx for ѕpending the time to talk about this toρic here on your ωеb page.


Herе is my web-site; Clicκ More []

Unknown said...

Sy ada ketulan di pyudara mmbegkak.harapdoakn sy baik2 je

ms map, KL said...

sy juga ada cyst dikedua2 payudara, baru wt check up last month.. agak besar dan dh lama sy ada ketulan tu.. waiting 4 d next appoinment..

Albert said...

Sy sgt takut dgn keadaan sy,sy da 2 tahun lebih buang ketulan di payudara seblah kiri,tp still rasa sakit tp kadang2..plz bg info 0187600478

Anonymous said...

akak ada cyst kat breast. dulu banyak dan besar. tapi bila dah cucuk sedut ambil air breast danmula mengecil sedikit dan ketulan pun dah tak de. skrg cuma tinggal seketul je. bila picit puting kluar air warna kekunungan
HAri rabu 27/11/2013 ada appoinment dgn pakar. tak tau la apa nak buat plak. buat mamo nmpak cyst dah bersarang didalam kedua2 belah breast. Doakan yg terbaik buat akak yer

Anonymous said...

Sis nak tanya check up dekat kpj berapa ye?

Anonymous said...

saya baru je 6bln buang ketulan dkt payudara..saya sedar mase dlm awal bulan 7 mcm 2..tapi tak sgke ketulan 2 cepat membesar..size die lbih kurang 5-6cm..ade 2 ketulan..lagi satu cume size 0.6-1cm je..mule2 refer dkt klinik govermnt..then dpt surat refer ke hosp serdang..tpi hosptal serdang amek mase 1-2week utk call saye blik..saya tak boleh sabar then direct buat ultrasound sume dkt an-nur bangi..mule2 cost dlm RM500.00 then cost utk ultrasound RM120. after one week result kua..sye kene buat surgery jgk..cost sye buat surgery dlm 4k..skg ni alhamdulillah..tiap2 bulan sye cek..ketulan 2 takde lagi..doctor cakap..ketulan 2 amek mase utk tumbuh balik..mgkn 10-20yr..after 1 week jgk result ketulan 2 kua..takde ape2 yg serius..bukan barah cuma fibro saje..then after buat surgery mesti risaukan klau ade scar dkt payudara..jgn rsau..doctor 2 buat surgery tak nmpk kan kesan ape2 pun..maaf ye..share kisah dekat sni..

jusinfiniti said...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...