Monday, August 2, 2010

Bersabar dengan Ujian dan Dugaan dari NYA


Sentiasa perlu bersabar atas ujian dan dugaan dari NYA..Menangis air mata darah sekali pun tak guna..hanya perlu muhasabah diri mengapa TUHAN uji kita dengan pelbagai dugaan..Selalu set kat my mind yang TUHAN sayang kan aku, n aku deserve untuk dapat yang terbaik...


Dalam hidup ini, ujian datang silih berganti. Lepas satu ujian, ujian lain pula datang bertandang. Inilah kehidupan. Bukan lah kehidupan namanya kalau tidak dilanda ujian. Kerana hakikat kehidupan kita ini adalah untuk diuji. Allah nak uji tahap keimanan kita sebenarnya.

Tidak kiralah apa bentuk ujian yang kita hadapi pun, semua itu adalah untuk menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Bayangkan sekiranya kita dibiarkan terus leka dengan dunia ini dengan kesenangan tanpa ada sebarang ujian pada kita. Nescaya diri kita ini makin hari makin jauh dengan Allah. Maka Allah hantarkan kepada kita ujian-ujian supaya kita akan sentiasa dekat denganNya.. Ya Allah, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah kepada semua hamba-hambaNya ini. Bersyukurlah kita yang telah dianugerahkan ujian dalam hidup.

Pelbagai bentuk ujian dihadapi oleh pelbagai orang di dunia ini. Semakin tinggi iman kita padaNya, semakin berat ujian dan dugaan yang kita hadapi. Untuk mencapai makam tertinggi dalam tahap keimanan kepada Allah bukanlah senang. Tapi liku-liku itu perlu kita tempuhi bagi membuktikan padaNya yang kita ini benar-benar beriman padaNya. Tidak kiralah apa ujian yang kita tempuhi. Contohnya ujian ditinggalkan orang yang kita sayang. Sebab apa teman bagi contoh ini. Ini adalah kerana ramai orang sebenarnya akan kecundang dalam perihal tersebut. Janganlah disebabkan perkara itu kita hilang pertimbangan dalam hidup. Bukan tidak ada contoh dalam dunia ini di mana mereka yang ditinggalkan orang tersayang ini ada yang bunuh diri, ada yang menyiksa diri dengan menangis, ada yang tidak mahu menjamah makanan. Hidup kita bukanlah terhenti diketika kejadia itu sahaja. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, jadikanlah kesedihan ditinggalkan orang yang kita sayang itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya.

Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia. Tidak dapat tidak semua orang akan merasai perasaan tersebut. Tetapi sekiranya perasaan itu melampaui batas, ia akan menimbulkan masalah pada diri sehingga kita akan melupakan dimanakah Yang Maha Pencipta. Ini adalah kesan buruk pada mereka-mereka yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga perasaan itu dilayan hingga melampaui batas. Ingatlah semua yang berlaku di atas dunia ini adalah ujian. Maka hati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan dan ganjarannya. Alangkah baik sekiranya balasan dosa kita ini dapat ditimpalkan di dunia ini dan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada insan-insan yang lain. Alangkah bahagianya kita di akhirat nanti apabila laluan kita mudah untuk menuju ke syurga.

Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Mari kita muhasabah diri kita, apakah kita sudah sampai ke kemuncak tahap iman kepada Allah..dimanakah puncak sebenarnya ???

~Ya Allah, sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~














<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>








Soalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku berkenaan Lelaki..

* kenapa lelaki suka mempermainkan wanita yang benar-benar jujur dalam perhubungan?



* Masih adakah lelaki yang jujur dalam menjalinkan perhubungan dgn wanita?



*Kenapa kejujuran sukar dicari dalam kehidupan dunia hari ini?

0 comments:

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...