Tuesday, June 29, 2010

Mengenali Sindarella's Family..



Entry kali ni i nak introduce my family members..Keluarga aku ni kira termasuk dalam bilangan ahli yang ramai, iaitu 8 orang termasuk mak abah aku la (ek eleh, poyo je statement ko tu..tak la ramai mana pown)

well, gambar kat atas tu, mak n abah aku..nama mak, puan Hamilah & nama abah aku en Haini..
diorang di keturunan jawa + melayu + bugis..hehehe, tapi anak2 dorang ni tak le teror mane pon cakap jawa..jawa murtad katakan..kitorang lebih senang berbahasa omputih n malay je..hahahaha (poyo gler statement ko minah..!!)

Mak aku ni sayang gler kat bapak aku..hahahahaha, kuat cemburu bebb..maybe pangai die ade menular kat aku kot..hahahaha, (patut la sume pakwe ko tak tahan ngan ko sindarella..adussss!!)




Memandangkan aku ni mcm anak ikan baru blaja nak membuat blog, so entri aku ni cam, tak tau la nak cakap camne..hahahaha, tunggang langgang pown ade..ok, gambar ramai2 tu masa raya kitorang..

Dari kiri yang tunjuk peace tu mohamad firdaus, mazura, norfarahin,mohamad fauzi,anak buah aku, mohamad faizal, wife (nuradinawati) n anak dorang (Afiq Hadif), Mak ayah aku, Mazlina n anak2 die.. (Suami mazlina merangkap suami n abang ipar aku not in picture..sebab die pemalu sgt, tak nak masuk dalam ini gambar)

..Agak ringkas penerangan family aku ni..cam bosan lak..hahahaha.......

Ok, saya bagi penerangan terperinci key..

  • Mazlina anak pertama..Telah berkahwin,Lahir pada 8 Mac 1979, Dikurniakan 4 orang cahaya mata (dalam perut on the way)..Profession sebagai guru n tengah blaja lagi nih..rajin akak aku ni..

  • Mohamad Faizal anak kedua..Dah Kahwin gak. Lahir pada 30 oct 1980. Dikurniakan seorang cahaya mata. Profession sebagai jurutera di Toshiba..

  • Mazura yang ketiga..Belum berkahwin..(biler ko nak kahwin wei!!) Lahir pada 15 Sept 1984.. Profession sebagai seorang pegawai di bank islam..Die ni budak yang sgt cerewet, garang, teliti..hahahahaa..

  • Mohamad Firdaus yang keempat..Belum berkahwin n baru je habis blaja kat uitm..lahir pada 12 April 1987..die ni ambik art design..so hopefully pasni die dapat keje yang bagus2 sket..ambik pengalaman byk2 n bler da teror bleh set up company..aku bleh le jadi finance manager n business development manager company tuh..hahaha (tak habis2 ko nak berangan apehal zura!!!)

  • Mohamad Fauzi yang kelima..Lahir pada 8 Februari 1990..Budak ni plak masih blaja kat unimap..ambik engineering major in mekatronik..aku pun tak tau la nape die nak sgt ambik course cam abg aku..jadik la doktor ke, arkitek ke..(suke hati die la zura..!!) Budak ni hobi die adalah tidur n main gitar je..ntah biler nak berubah...hahahaha..menghabiskan beras je..bawak2 la berubah ye en fozi..hehehehe

  • Norfarahin anak yang lastttt..Lahir pada 19 Mac 1995.. budak ni manja sgt ngan mak aku..sikit2 nak peluk..sikit2 nak cium...hahaha, aku pun tak paham..Skang tgh blaja kat sek men la..nak ambik SPM budak ni..Tapi time aku balik kampung je, cam jarang tgk die stadi..harap2 dapat result gempak..i trust u my dear sis...

Em..Sekian sahaja sesi pengenalan sindarella's family... :-)





















0 comments:

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...