Thursday, December 16, 2010

Bila BLOGGER Berlakon..Suai kenal Blogger..


Hai semua blogger..ni 2nd time join suai kenal blogger ni..meh nak ber cot cet pasal blog sindarella ni..ehem ehem..

I started masuk dunia blogger masa bulan june 2010..kira baru lagi la ni..Setakat ni follower baru 25 orang,,hahaha, gile kesian beb...so nak masuk suai kenal blogger dengan harapan akan dapat ramai kawan blog...

Trafik harian blog ni tak la ramai..sehari bleh dpt trafik bawah 20 orang je...n most popular post yang orang selalu baca ialah pasal dajal n freemason..

Nak cakap pasal sehari berapa entri tu yang payah sket..ye la..tau2 je la..working as banker, mane la ade mase sgt nak wat post kat blog..dulu masa mula2 rajin la wat entri..kadang dalam sehari sampai 2 entri...sekarang takat seminggu 1 entri la kot..

Ok, sepanjang aku suka berblogger ni..blog yang paling aku suka baca ialah:-

1-aididmuaddib.blogspot.com (blog paling bagus..byk info dalam blog ni pasal MLM)

2-nurulain8888.blogspot.com (blogger paling cun, suka tgk entri dia..lagi satu sebab die ni adik ipar kepada ex aku kot..huhu)

ada lagi..tapi aku tak ingat address blogger..just g kat side bar tepi blog aku..mane yang tersenari tu, mmg aku suka blogwalking kat blog dorang..

Ok dah..hope dengan cara ni aku dapat la kawan blog yang best...leh tukar2 pendapat n ideas..

Sekian terima kasih..^ ^

Monday, December 13, 2010

Warna mampu redakan tekanan

Merah
Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu
Elakkan insomnia

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga
Ceriakan mood

Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau
Lenyapkan keletihan

Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Tuesday, November 30, 2010

Konvokesyen Firdaus aka Usagi chan..~Weeee~

Tahniah..tahniah dan tahniah kat adik i ni..wah, dah selesai pon majlis konvo kau yang gilang gemilang tu..Well si adik i yang kacaks ni baru je pas konvo dia kat Uitm Shah Alam..Ambik jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni lukis & Seni reka..(arap2 betol la sebab aku konpius sket nama fakulti die..ade kaitan sket ngan grafik..daus, if ko singgah blog akak, tlg bgtau ye if akak silap bubuh nama fakulti kau...)
Pagi tu kitorang bangun awal gler sebab kata daus die kene ade kat dewan pukul 7.30 PAGI!!. (What!!!) skema dowh adik aku ni..hahahaha, so malas nak cakap byk, kitorang ikot je la ckp si daus ni..so bangun la pukul 5.45 pagi, mandi2, sarapan n pukul 6.45 pagi terus gerak pi UiTM Shah Alam...Takpela, gi awal pon ok jugak...dapat parking kereta..so tak payah menyusahkan diri naik bas n parking keta kat padang kawad...
Meh la tengok gambar2 kitorang sepanjang hari konvo daus ni..bercerita sambil tgk gambar best kan...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
daus n fara..wadehel ko wat peace ni fara..tapi takpe, ceria..ni ambik gambar pukul 6 lebih..giler awal kan..hehe, daus ah punye pasal...

apsal la aku nampak gemoks ni....takpe, daus pon nampak gemok gak..yeay, ade kawan..
Makan time!!



Ni sebelum naik dewan..dapat parking kereta..yeay tak payah naik bas...



pre convo...nak test2 jubah dulu..wah2, u loook macho la daus..

Bunga untuk daus...

Actually daus ade kad jemputan utk parents..tapi just limit tok 2 org je...so kalau i n abah masuk sian lak kat adik n anak buah i tu..so we decide tak nak masuk dewan..just tgk kat khemah luar je..ok what..leh snap2 gambar ngan sesuke hati...



Sape kata duduk luar dewan tak best???habaq mai sat...
kat luar dewan pon aku dapat snap pic daus tau..teror tak..hahaha
Menyirap je kan...hehehe, daus dapat KELAS PERTAMA, so dapat la duduk depan..bertuah betol, sebab camera selalu gak capture gambar area depan...

nervous tak daus????weeeee....Debaran utk ambik skrolll

time ni daus no 5 tok di panggil naik pentas...sip baik suara org yang annouce tu jelas n terang...MOHAMAD FIRDAUS BIN HAINI, KELAS PERTAMA...wah2, bestnya ko weh..dapat 3.69 dapat kelas pertama...aku pun dapat gak pointer cam ko tapi dapat 2nd class upper jer..biase la fakulti perniagaan nak pointer 3.75 kot..
Memang tuah ko la daus, tahniah key...wink wink..

dah lepas dorang announce nama daus jek kitorang blah dari khemah tu..bosan dowh tunggu...suruh daus keluar pon die tak nak..so kitorang pon jalan2 carik pasal la dekat area tempat konvo tu..serius best la..da lame tak g majlis konvo..last pegi pon masa taun 2007..majlis konvo i la...


shawl anting2...hehehe, first time pakai...

adeh kasut tu mahal seh...kasut baru untuk konvo..hehehe



tempat ni gelap tau, tapi tak tau nape bila snap cam terang lak...

berlegar kat tempat makan sementara tunggu daus kuar dewan..lapar gler time nih, rasa cam nak bukak je plastik tutup kuih tu..tapi kene behave la weh..kang bukak plastik tu cam kelaparan la plak...awek cun tak leh tunjuk sgt aksi kelaparan depan org..jatuh saham nanti..huhu

Heeee...




Gambar atas ni depan library..tapi honestly la, sepanjang 2 tahun aku blaja kat uitm shah alam dulu, masuk library ni baru 3 kali kot.dasar budak tak suke masuk library..!!hahaha


wah...


Graduan baru ni..en haini...baru je dapat ijazah setelah seharian di uitm shah alam..kelas pertama ok...jgn main2..huhu
Nak bagi peluang kat abah tok rasa pakai jubah ni..ye la, org dulu tak dpt peluang blaja cam budak sekarang ni..tapi takpe, kejayaan anak2 adalah utk parents die jugekkk..

kepenatan ni..sementara tunggu daus pulangkan jubah, ambik2 gambar jap ngan abah...someone missing in this pic..my beloved mother..Just mendoakan kebahagiaan mak kat sana...


Ni dah selesai pon majlis konvo daus..nampak tak muka kepenatan sume ni??nampak tak???Takpe, pasni abah belanja makan tengahari..yeayyyy
So daus, kat sini akak nak ucapkan tahniah kat ko sebab dapat ijazah kelas pertama..bangga sgt dapat tgk kejayaan ko n teman ko pi konvo ni..yela, ko pon dah tolong akak cipta logo kelab bank islam..sebabkan logo ko tula akak dapat tempat pertama..yahooo, pasni logo ko dorang print kat baju kelab bank islam la nampaknya..glamer2, ..nanti akak update blog lagi pasal logo kemenangan ko tu eh....em, esokko dah kene start keje kat Beruang company kan(Anak Syarikat Less Copaque)..so good luck kat tempat kerja baru..sure ko akan sibok n jarang balik kampung..ye la, beruang company ni agak kontroversi sket pasal filem zaiton sameon tu...datuk tu tak puas hati ngan kerja fauziah nawi..so daus, bos ko tu cerewet..keje elok2 tau..huhu
Tetibe Rasa sedih plak sebab tak dapat nak abadikan kenangan konvo daus ni ngan mak tercinta..dulu die yang beria sgt bak tgk konvo daus ni..Mak dah pergi utk selamanya, Tuhan lebih sayang kan dia, dan kami redha ngan ape yang terjadi...ape yang kami boleh buat hanya mendoakan kebahagian mak dan semoga roh arwah di cucuri rahmat juga di tempatkan dalam golongan org beriman..Amin..






















Tuesday, November 23, 2010

Tudung Sekadar hiasan atau tuntutan



Memang tak paham dengan budak zaman sekarang ni..macam nak mempermainkan tuntutan islam yang wajib tu..iaitu bertudung litup untuk menutup aurat..

Macam gambar kat atas ni, memang pompuan ni tak menghormati tuntutan islam..bleh plak die pakai tudung pastu pakai short skirt..

If aku ade kat situ, memang aku tampar je kot budak ni..mak ayah tak anta pi sekolah ke hang pakai camni..

ada otak tu pakai, pikir ape orang nak kata bila nampak u pakai camni...nak pakai skirt tu lantak u la, tapi apehal u nak pakai tudung plak..nampak sgt tak hormat agama islam..lain la kalau u tu bukan islam..(aku lak emo)

bukan ape, agak terkilan ngan gaya budak ni

Kepada semua perempuan islam, jgn la di ikot pangai cam pompuan kat atas tu..ye la, sy pon sedar yang sy ni bukan la kategori pompuan yang alim..tapi kalo ade org yang cam mempermainkan tuntutan islam iaitu tup aurat, mmg agak pantang sket..


Nora Danish kene SAMAN!!!

Hangat tak tajuk post hari ni?

Setelah beberapa minggu tak update blog..bukan ape, sibok ngan hari2 semasa ni..sampai nak update blog kesayangan ni pon tak sempat...

Nora Danish kene SAMAN beb..biase la.. Tajuk nak gempak..meh tgk gambar sket..

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^















hahaha, saman tetap saman beb..Polis kat atas ni memang tak bley bla...sambil saman, sempat lagi ambik gambar ngan dora danish..artis katakan..

em, kat dalam hati ni cam ade angan2 nak jadi artis gak..haha, perasan!!

Monday, November 15, 2010

A Simple Message to All of Us...

A Simple message to All of us...
Who are they?.... They are Doctors..

Who is he?.....He is an Actor


Who are these people? They are farmers.....

Fine.. Very Good. What about these guys? Who are they? Guess!!!!
!
!
!
!
!



Any Guess !!!!!!!!!!!!
!
!
!
Yeah...
They are SOFTWARE ENGINEERS, BANKERS, CONSULTANTS, OFFICE EXECUTIVES, PRESIDENTS, VICE PRESIDENTS, GENERAL MANAGERS WHO WORK FOR 15 HOURS A DAY, SITTING AT ONE PLACE …

Don't laugh. Be Aware. It is a global issue now. So, take care of yourself and your FAT.

To get to a good shape...try to adhere to the following 25 tips

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA






PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tgn masing2, kalo yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke??? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..


seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...


ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....


(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)




~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...