Tuesday, May 10, 2011

Walimah Member edisi ke berpuuluh2an..


Hahah, memang tak boleh blah tajuk post aku kali ni kan...em, ye la, dok pegi kenduri kahwin member je..Aku sendiri tak kawin2...huhu, Memilih sgttttt..tu yang lambat kawin...bukan ape, kawin hanya sekali je kan..kena la pilih yang terbaik...(Sape setuju silalah mengangguk..)



ni adalah hasil drpd koreografer cik BUM BUM...die la yang suh kiteorang wat camni..ntah tunjuk ape la tu..hehe



Love Love Love...


Selamat pengantin Baru untuk Hawa Zulaila n Suami..Semoga kekal hingga ke akhir hayat..Cinta lama yang berputik balik then bila jumpe terus kawin..So sweettttt...Mane ex Balak aku ni..takde pon yang terjumpe balik..hehehe

Farewell Party edisi ke 2 tahun 2011

Majlis Perpisahan untuk sorang teller kat tempat keje i..sebab die kena transfer ke Bank Islam Cwngan UiTM Shah Alam..sebab musabab kena transfer die la sendiri penyebabnye...dok nak kawin ngan member sebelah die..mmg ah kene transfer..sebab kat bank ni tak boleh kawin then keje satu branch..takut kang ade masalah family, di bawak ke tempat keje,...tak ke haru biru nanti..hehe


Sedih lak bila azzah terpaksa pindah,...ye la, for the sake utk die jugak kan...nak kawin bulan sepuluh nanti...


Saje ambik gambar makanan ni..hehe, order frm Restoran Sembang2...

Pling suka popia die..memang sedap sgttttttttttttttttttt..


En Sapingi selaku Pengerusi Kelab Staff Bimb Putra Heights bagi speech sempena farewell cik Azzah ni...Yang belah kiri skali la si tunang azzah..die terselamat dari kena pindah..Cik Azzah mangsa..huhu


Time ni aku tak sure tgh dgr sape ckp...maybe Boss aku kot..hehe


Aku le orang yang kena bagi hadiah..Thanx Azzah atas khidmat u selama bertugas di Putra Height..All the best di cawangan baru...

Port Dickson..

Dah lama btol tak update belog kesayangan ni..sian die terpinggir...eh meh nak cecite cecite sket..ari tu ujung bulan 4 i n family wat trip ke Port Dickson..ala, jarak dari umah i yang kat Banting tu dekat je ngan PD ni..dalam sejam sampai le kitorang...

Niat di hati nak gune GPS, haha, tapi ntah jalan mane die nak bawak kitorang,,so i n family pakai redah je jalan..lalu jalan belakang,.,takyah lalu toll..dah save kat situ..

Ok, kitorang stay kat Bayu Beach Resort..1 malam just charge RM350 je..Dia Apartment 2 Bilik, siap ade ruang tamu n dapur..haha, tau2 je la, kitorang siap bawak Tong gas, sebab nak masak...Memang cam umah sendiri la..save budget family trip kali ni..Aku suke sgt..





Keta sape la yang berkilat sht ni ek..cube korang teka..keta kat atas ni, Honda City or civic?hehe, ni abg aku punye keje, dok memekap keta die sampai jd rupe cenggini..


Time ni aku dah kenyang main air..berendam lama sgt leh wat cam nak muntah..maybe mabuk laut la kot..huhu,


anak buah yang baru 7 bulan pon mandi gak ngan pelampung..


gonna miss this moment..mandi2 sampai aku jadi mabuk lautttt


Benda ni aku rasa paling syok..tapi tak naik pon..hanya mampu melihat je..sti mahal kot..kat jugra banting pon ade gak sukan ni..fee len=bih kurang RM120 sekali naik kot...

Kat PD ni pon ade Banana Boat, fee RM15 satu kepala, Jet Ski RM50 untuk 15 minit, RM120 setengah jam, Kayak RM15 untuk 30 minit..

Aku tak try satu pon mainan yang aku sebutkan tadi,,just mandi2 guna pelampung pon dah cukup..huhu, mmg budget sgt aku nih..hihi


Ok, to all yang nak destinasi budget camni, PD would be one of the place la...

Friday, April 22, 2011

Puding Triffle..menjadik jugak ngan bantuan buku resepi

Puding triffle aku menjadi dengan bantuan buku resepi..hehe, Buku ni i beli masa karnival Putra Heights...Memang best buku ni, sebab senang je die ajar n tunjuk kat orang baru cam aku yang baru berjinak2 nak masak puding..


Ok ye..Bahan2 die:-

-1 bungkus kek gulung (I ambik perisa pandan, sebab rase die marveles)

-1 kotak agar2 perisa strawberi jenama NONA (3 sudu makan)

-1 cawan air

-1 tin buah-buahan koktel

-2 sudu makan tepung kastard

-1/2 cawan gula halus

-1 tin susu cair/3 cawan susu segar





Memula uols potong kek gulun n susunkan dalas bekas...ambil jus buah2 an koktel n tuangkan atas kek tadi..



Then masakkan kuah kastard pulak...Cara2 die, campurkan tepung kastard, gula, air , n susu cair @ susu segar..kacaukan sampai pekat okeh...lagi pekat lagi sedapppp..



Then uols tuangkan la kuah kastard tadi atas kek tadi...pastu tabur la buah2 an campuran atas kuah kastard td..macam gambar kat atas ni k...

Then masa untuk masak agar2 plak..panaskan atas api n kacau je sampai agar2 ni pekat n likat...dah pekat tu tuang atas buah2an tadi..biler dah jadi, ia akan jadi cam gambar kat bawah ni..



Nak sedap, uols letak je dalam freezer..makan time sejuk pon best...


Selamat mencuba...hehe







Monday, April 11, 2011

Rumah Salji I-City Shah Alam

Rumah Salji di i-City Shah Alam.............


Jom ramai2 ke sana..seriously mmg cam berada kat London je..hehe, Sejuk taw uolssss..


Entry untuk masuk for adult cuma RM25 per person...Parking masuk i-City plak RM10 per car..so bile dah bayar parking tu entitle dapat rebate sket tok entry masuk rumah salji tu..sebab i bayar RM20 je masuk rumah salji...




Ni sebelum masuk...




Gambar kat bawah ni masa kat dalam rumah salji..i suke gambar ni..sebab nampak cam kat oversea..hahaha..siap ade patung patung lagi..hihi



im freezing!!helppp...tapi masih boleh tersenyum...



maaf la..quality gambar tak cantik..sebab guna camera phone..isk isk



cantik!!

















hep!! hep!!, di larang membuat aksi terlarang di sini..meh aku dok tengah2 antara sang bangau ni..hahaha



Kat sini leh jumpe santa claus taw..tapi patung je la..ho ho ho









Gambar kat bawah ni patutnya ade cam salji turun dari atas..tapi tak nampak la...haha, sume dok berebut nak g bawah sini..Kesian btol ngan org Malaysia ni kan..Cam batak je ngan Salji...






Time ni dah kat luar...cantik jugak pemandangan die..penuh ngan lampu..n membuatkan aku terpikir..berapa la bil bulanan eletrik ni ye..haha, ape ade hal..Selangor kan kayooo..emmm, sebab tu la kot dorang dah start charge untuk entry masuk i-City ni...sebab nak tampung bil eletrik..huhu



Gambar kat bawah ni aku rase cam kat China Town pon ade...











Suke gambar kat atas n bawah ni..sebab i nampak kurus..huhu



Bandar lampu...





Ok uols..so sesape yang blom pegi rumah salji n i-city tu, g la cepat...best la jugak, n im proud to be Selangorean resident sebab ade tempat menarik camni...

Tuesday, April 5, 2011

Ketenangan Datanglah Kepadaku,,




Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi..kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...," Apa masalah kita? Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita. Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan? Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita? Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.


Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la.. Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.


Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


Waktu yang di Haramkan Bersolat..

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT 1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini. 2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor. 3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam. Wallahualam. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....." ------------------------------------------------------------------------------- WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT 1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini. 2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor. 3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam. Jawapan: بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu, sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no (1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan. Hadis tersebut ialah: ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya; -ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi -ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir -ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam. HR: Muslim (no: 831). Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah; -waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu. -waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak. -waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu. Berkenaan kenyataan: “Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini”, Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg dilarang. Kerana: -Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680). -Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali. (Majmuk 4/170). -Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. HR Bukhari (no: 558). Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan. Berkenaan kenyataannya: “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”; Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada beberapa hadis yg menyebut secara umum. Antara yg disebut dalam hadis ialah: Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya. Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”, Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di awal waktu. Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638). Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada mencari kelebihan lewat malam. Wallahu A’lam.

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...