Wednesday, October 17, 2012

Jimat Belanja Kahwin


Gambar sekadar hiasan



Perkawinan merupakan acara paling bermakna kerana sekali seumur hidup. Perancangan yang terbaik di perlukan agar majlis berjalan dengan lancar serta memenuhi impian bakal pengantin. Buat sahaja perkara yang mudah kerana islam sendiri memberikan kemudahan kepada umatnya. Mengapa perlu bersusah payah?

1- Perbandingan Harga

Sebelum melaksananmajlis perkahwinan, perlu rajin mencari di laman web atau pun pergi ke kedai2 barangan perkahwinan untuk membandingkan harga terkini. Perbezaan ketara boleh di lihat jika melibatkan jenama atau sumber barangan yang berlainan.

2- Elakkan Pinjaman Wang

Kemampuan adalah perkara utama untuk difikirkan. Islam tidak menggalakkanumatnya menyusahkan diri kerana sesuatu perkara hingga mendatangkan kemudaratan. Jangan sesekali membuat pinjaman di bank atau pun individu kerana akan menanggung hutang sebaik selesai majlis. Bukankah itu menyusahkan diri?

3- Masak sendiri

Kampung, pekan atau bandar mempunyai kadar bayaran yang berbeza dari segi penyediaan makanan siap. Jika tidak mampu, berbincang sengan keluarga untuk menjemput orang sekeliling dan saudara mara bergotong royong masak hidangan makanan bersama. Ia lebih baik kerana mampu mengeratkan hubungan sesama umat islam. Bajet juga tidak terlalu banyak untuk membeli bahan mentah. Pembaziran juga dapat di elakkan.

4- ikut Adat

Adat melayu kadang2 perlu diikut. Mana yg baik diamalkan, manakala yang buruk ditolak tepi. Jgn terlalu mengikut nafsu yg inginkan majlis gilang gemilang tanpa memikirkan perasaan orang lain. Jangan sesekali mengikut adat agama lain dlm perkahwinan kita kerana ia sudah bercanggah dlm agama suci kita.

5- Islam yang terbaik

Ikutlah landasan yg sebenar apabila ingin mendirikan masjid. Elakkan apa yang di larang kerana apa yg penting ialah akad nikahnya. Kita dilarang sama sekali memasukkan unsur tarian atau apa sahaja perkara yang tidak mengikut adab dlm islam.

6- Tajaan

Jika kita menerima tajaan itu adalah senaiknya tetapi jgn sampai meminta2 kpd org lain. Maruah diri, keluarga juga perlu dijaga. Tajaan ikhlas dari rakan2, ahli keluarga atau pun syarikat boleh digunakan kerana faktor penjimatan. Terima tajaan yg sebaiknya agar perkahwinan kita diredhai Allah.



p/s- Tepuk dada tanyalah selera k..



Bride to be...
Harap semuanya berjalan lancar..bersederhana itu menjadi tuntuan dlm Islam..InsyaAllah..









0 comments:

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...