Thursday, January 19, 2012

Cheese Cream Blueberry Cake saya tak menjadi..

As salam..

ingat tak, entri lepas ade cite pasal saya nak try satu resepi iaitu cheese cream blueberry kek..emmmmmmm, unfortunately that resepi tak menjadi seperti yang di harapkan...habis terbakar la duit i beli bahan2 die...whipped cream n cheese cream dah le mahal...huuu

I rasa resepi lepas yg i dpt frm blog tu ralat la..hehe, nak salah kan belog plak...tapi mmg ye kot...sebab masa i buat cheese cream oreo, dlm resepi tu guna fresh milk..so uolss tau la kan fresh milk tu kan senang likat...n resepi yang cheese cream blueberry ni langsung takde fresh milk...guna air suam je...so i punya adunan tu cam cair tau...malas nak ambik gambar kek yang tak jadi tu sebab mmg buruk sgt...

ni aku copy paste resepi penyebab kek aku tak jadi ye..

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese

200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil (ni 100 ml je)

100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis

15 grm gelatin halal brand Nona (1 sudu)

100 ml air suam (suppose 80ml fresh milk)

Blueberry filling

BASE :

200 grm biskut digestive atau biskut marie

100 grm butter dicairkan

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang. Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling



yang i boldkan merah tu bende2 yang perlu di perbetulkan dlm resepi ni..huhu, takpela...nasib badan...nak cube resepi baru mmg tak terlepas la kot dari bende2 camni kan..bahan2 rugi sebab tak menjadi...ekekeke


ok so pasni i nak try lagi resepi but perbetulkan sket mana yang ralat tu...chaiyok zura....!!

0 comments:

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...