Friday, January 14, 2011

Ulam yang sesuai semasa dalam BERPANTANG

Salam

Beberapa hari lalu saya ade menggodek email dari rakan dan terbaca senarai ulam-ulaman yang berkhasiat dan sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin dan masih didalam pantang. Walaupun saya masih belum pernah bersalin tapi nak jugak kongsikan kat sini untuk tatapan semua..







Cekur – pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong












Pucuk Pegaga – selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awet muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit. Pegaga juga sebenarnya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi kanak-kanak. Hhmm… maknanya lepas ni kita kenalah galakkan anak-anak kita makan pegaga supaya otak mereka bertambah cerdas. Harga pegaga pun murah saja . Bagi mereka yang tinggal dikampung, boleh tanam sendiri kat tepi rumah




Pucuk mengkudu – membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut




Ulam raja – membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah
Jadi, bagi mereka yang masih didalam pantang selepas bersalin, anda boleh cuba mengambil ulam-ulaman diatas sebagai salah satu menu anda. Bukan sahaja berkhasiat, harganya juga murah.


Teringat zaman arwah mak masih ade dulu, selalu encourage anak2 die supaya bykkan makan ulam2an..contoh macam gambar kat atas tu, semua ade kat tepi rumah saya kecuali pucuk mengkudu tu je yang takde..Ulam2an ni bagus utk kita sebenarnya..Pasni, nak petik ulam raja tok di jadikan ulam makan tengahari..^__^








2 comments:

Unknown said...

oke.






sy ta mkn sayur la. ulam ? lagi la...TAK. huhu

sindarella ezora said...

kene rajin makan if nak badan sihat tau..

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...