Thursday, September 23, 2010

Dapat Ahli baru dalam Family...Alhamdulillah Syukur...

Salam semua blogger..

Entry ni cuma nak meluahkan rasa kegembiraan family aku pada masa sekarang sebab pada subuh raya kedua, Kakak yang first aka Mazlina Haini telah selamat melahirkan bayi lelaki..Bayi tu dah di bg nama Muhamad Fitri Yusuf..Nama yang sedap..Mudah2 an esok Fitri jadi insan yang berguna..Amin

Close up..
Close up vol.2

Sume teruja tgk baby..

Merenung masa depan ..nak ade family jgk..uwaaaaa, bilakah????


Fara dah ade gaya jadi ibu nih..huhu




Comelnya Fitri ni..Putih cam makcik die..ngeh ngeh




Si ibu aka Mazlina yang bertungkus lumus melahirkan Muhamad Fitri Yusuf..Well done kak lina..^__^




Zura n daus, muka teruja dapat anak buah baru..(taun depan meningkat lagi la budget wet raya neh..)hehe



Kak ipar aka dina ambik berkat nak tambah satu lagi nih..^__^
Amin, mudah2an murah rezeki..

Tuesday, September 21, 2010

1 2 3 Hari di Hari Raya..i Like!!!

Selamat Hari Raya kepada semua member blogger..Tahun ni raya best sgt2 sebab macam2 benda berlaku kat family i ni...Dapat durian runtuh la, ahli baru la..dpt jodoh la..oppppssss, tu kene senyap sket..kang kecoh lak sume..hehehe, ok la, ni nak share sket muka2 n wajah kegembiraan kitorang satu family masa hari raya..So sori la sebab, susunan gambar berterabur sket...jgn pening udah ler ye...
Pic kat atas ni masa raya pertama , pas bermaaf2 an ngan ahli keluarga...

Raya kedua..Muka aku ni agak tak fotogenik la..hahaha


Blackberry bapak aku..sighh

Aksi terkejot ke hape ni?

Gediknye minah ni siot..

Apekah?muka terkejot ke Afiq???

Muka sedih..

Mak budak n Si Afiq yang comel..


Bapak n anak..Ade iras tak dorang ni??


Lagi2 aksi Afiq..


Gaya santai..Cuba tgk budak laki baju biru tuh..alimnya wat gaya camtuh..

Faizal n family


Budget handsome..


Apela yang di menungkan ngan si Daus ni..Maybe, "Camne la aku nak jd kayooo.."


Ni budak2 bujang dalam family..Ngah tunggu turn tok aku kawin..ujung tahun kot..tapi tahun tu aku tak sure lak..ahaks..

Sunday, September 19, 2010

Mahu Kulit muka yang Cantik dan Glowing..



(Kulit tgh mengelupas)

Semua kaum wanita mahukan kulit muka yang cantik, bebas dari blackheads, jerawat, parut jerawat dan segala macam parut la..Aku tak terkecuali la..mmg nak sgt kulit muka yang cantik..well, kalau keluar mana2 pon akan rase confident bila ade kulit muka yang bersih..
Aku skang tgh try satu produk kecantikan ni..yang pasti die bukan de Putih, or Novellous Vissage tu..Produk ni pon pakai sebab ade member blog tu, muka flawless gler..bersih sgt..so i try la pakai...skang baru seminggu, kulit mmg tgh mengelupas ni...kadang rasa cam nak pakai purdah lak..malu gak..huhu..Tapi sebab nak cantik, kene tahan la dalam seminggu dua ni hadapi ckp2 org pas tgk muka aku yang tgh mengelupas ni..emmm
kawan2 yang bertembung ngan aku, budak opis jgn la asyik tanye je nape muka i mengelupas ok..nanti jatuhla level of confident saya..^__^
Kat bawah ni link dari blog penjual produk skincare ni




http://kisahlynna.blogspot.com/2010/08/testimoni.html



http://kisahlynna.blogspot.com/search/label/buy%20my%20family%20product


Friday, September 17, 2010

M Rajoli Telah Meninggal Dunia

Al Fatihah..
M Rajoli telah meninggal dunia pada jam 10.45 malam di Hospital Ampang..
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 beriman..Amin..
'Setiap makhluk yang hidup di dunia pasti akan mati, kita sebagai insan di dunia ini harus selalu mengingati mati kerana mati itu boleh datang pada bila2 masa sahaja tanpa kenal tua dan muda'



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010091806232520100918062325/Article


M.Rajoli Tenat!!


Assalamualaikum..

Ingat lagi pelakon dan pelawak M.Rajoli? Di khabarkan die dalam keadaan tenat..

Bleh view di link ini..



Apa2 pon sama2 kita doakan M.Rajoli dan Al fatihah..






Saturday, September 11, 2010

Sosilawati dibunuh dengan kejam..Tujuh Suspek di tahan..

Inna lilla hi wa inna lillah hi rojiun..
Terkejut bile dapat berita camni..Jutawan kosmetik NV di bunuh dengan kejam hanya kerana 4 juta..Takziah buat keluarga arwah..Al fatihah..
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Berita selanjutnya boleh view di page bawah..



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Monday, September 6, 2010

Bukti Iklan TV3 Menyesatkan Umat Islam


Salam aidilfitri kepada semua bloggers..Well kat sini nak share pasal iklan tv3 yang tengah hot di perkatakan sekarang ni..Sebabnya iklan tu terdapat unsur2 iluminati n freemason yang kita tak sedari..emm..Sekarang iklan ni mmg dah tak di siarkan kat tv3 sebab iklan ni byk menyentuh sensitiviti umat islam..Kepada sesiapa yang terlepas untuk tgk iklan ni bleh g kat link di bawah ni ye..

http://carlsamsudin.blogspot.com/2010/09/iklan-raya-2010-tv3-menghina-islam.html


atau link ini..

http://justkhai.com/blog/siapa-yang-cipta-iklan-raya-2010-tv3-ni/




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>





Antara komen2 dari Akhbar tempatan n blog...

TV3 Tarik Balik Iklan Syirik Setelah Dikritik Hebat


KUALA LUMPUR 6 Sept - Desakan kuat dan tegas daripada banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat akhirnya memaksa, stesen televisyen swasta berkaitan Umno, TV3 menarik balik iklan kontroversi Aidilfitri itu semalam yang yang telah disiarkan sejak beberapa hari lalu.

TV3 melalui Buletin Utama pukul 8 malam tadi juga memohon maaf berhubung iklan tersebut yang telah mengguris hati umnat Islam negara ini.

Iklan kontroversi itu didakwa membawa unsur keagamaan Kristian, Hindu dan Buddha dalam perayaan Aidilfitri dengan memasukkan elemen seperti menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Iklan itu juga dikritik hebat kerana didakwa boleh mengeliru dan menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Selain itu iklan terbitan TV3 itu mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mendakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.



Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?


(eyesdotcon.blogspot.com)


Kontroversi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat Muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.

Dengan memasukkan unsur Santa Claus iaitu simbol perayaan Krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan Buddha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan Umno dan Apco menjadi slogan baru iaitu 1Agama.

Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, boleh melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?

Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.

Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib!

Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.

Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi.

TV3 harus lebih responsif dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut.

Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan 'director' iklan dan juga perekacipta 'storyboard' bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen Yahudi.

Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan Apco, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.

Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.

Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji.

Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.



TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Malaysia


SHAH ALAM 6 Sept - Dewan Pemuda PAS mendakwa iklan Aidilfitri yang disiarkan oleh TV3, stesen televisyen yang dikaitkan dengan Umno dianggap satu usaha untuk menyatukan semua agama di negara ini di bawah konsep 1Malaysia selain menggalakkan amalan syirik di kalangan umat Islam terutamanya golongan belia dan kanak-kanak.

Semalam stesen televisyen tersebut membuat keputusan menarik balik iklan tersebut setelah dikritik hebat serta memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS PUsat, Nasrudin Hassan At Tantawi berkata iklan tersebut jelas menunjukkan stesen swasta tersebut gagal dalam menyelami sensitiviti dan mengetahui batasan agama dan kaum walaupun setelah 26 tahun beroperasi.

"Inilah bahananya apabila konsep 1Malaysia yang menjadi sloganan Perdana Menteri tidak difahami oleh rakyat Malaysia hatta pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri.

"Akhirnya TV3 membuat tafsiran sambutan Aidilfitri mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan gugurnya akidah seseorang Muslim itu. Tak faham konsep 1Malaysia sampaikan agama pun hendak disatukan sebab itu kita lihat ada unsur Kristian, Buddha, Hindu dalam iklan tersebut," tegas Nasrudin kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Malah lebih mengejutkan, beliau mempersoalkan keberkesanan fungsi serta peranan yang dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Penapis Filem yang memantau serta menapis bahan yang disiarkan melalui media elektronik seperti filem, drama, iklan dan dokumentari.

"Kita lihat dalam kes iklan TV3 ini seolah-olah Lembaga Penapisan Filem lepas tangan atau terlepas pandang mengenai iklan tersebut walaupun mereka mempunyai panel syariah. Apa yang mereka buat sampai lalai begini?

"Kita desak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap TV3 kerana menyiarkan iklan seperti itu yang menimbulkan kekeliruan terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonnya.

"Kalau orang awam boleh menyedari iklan TV3 tersebut boleh menggugat akidah dan keimanan umat Islam bagaimana pula agensi seperti Pusat Islam, Jakim dan para Mufti di Malaysia," tegas Nasrudin lagi.

Iklan Aidilfitri terbitan stesen televisyen itu memaparkan beberapa babak yang boleh ditafsirkan mempunyai pengaruh agama Kristian dan Buddha.

Antara yang paling menonjol ialah adegan dimana seorang lelaki tua yang berkopiah muncul di luar tingkap sambil mengajak dua kanak-kanak menaiki becanya yang berwarna merah.

Beca itu pun secara magik terbang membawa kedua-dua kanak tersebut menjelajah alam di waktu malam.

Unsur ini jelas dilandaskan kepada perayaan Hari Natal di mana watak Santa Claus yang berpakaian serba merah dengan menaiki pedati terbang yang ditarik oleh sekumpulan rusa.

Begitu juga dengan adegan yang menunjukkan bunga teratai mengembang yang merupakan simbol daripada ajaran Buddha.

"TV3 mempamerkan Aidilfitri itu sebagai satu sambutan perayaan yang sama taraf seperti sambutan parayaan agama dan kaum lain seperti Kristian, Hindu, Buddha, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Walhal Aidilfitri ialah satu ibadah merupakan manifestasi kesyukuran umat Islam berpuasa melawan nafsu selama sebulan serta melatih jiwa dalam proses penyucian rohani atau spiritual seseorang islam itu.

"Ia bukan majlis pesta seperti yang digambarkan oleh TV3 atau media milik Umno-BN yang mengosongkan jiwa Aidilfitri itu dengan sambutan ala jahiliyah yang dipenuhi gelak ketawa, makan minum serta pergaulan bebas tanpa ada had dan sempadan di mana halal dan di mana haram sesuatu perbuatan itu," jelas Nasrudin panjang lebar.

share2 la ye..

Klik My Heartbeat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...